DG N0or Hlsham Balas Balik Bila AdaYang K0men Tanya Berapa Lama Lagi Nak RentasNegeri. Memang Padu

Berbaki 1.6 peratus untuk mencapai kadar lengkap 90 peratus v.aksinasi C0vid 19 populasi dewasa apabila semalam merekodkan jumlah 88.4 peratus.

Perkembangan itu sekali gus memberi gambaran awal bahawa sasaran 90 peratus boleh dicapai sekurang-kurangnya minggu ini seperti menepati hasrat kerajaan untuk membenarkan rentas negeri jika tercapai.

Menurut laman C0vidNow, sebanyak 20,698,852 atau 88.4 peratus rakyat berumur 18 tahun ke atas telah lengkap menerima v.aksin C0vid 19.

Selain itu 94.5 peratus sekurang-kurangnya satu dos. Sebelum ini Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan, kelonggaran rentas negeri dibenarkan apabila negara mencapai 90 peratus kadar v.aksinasi dewasa berdasarkan data dan analisis dibuat Kementerian Kes.ihatan.

Perkara berkenaan dip.utuskan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan P.andemik yang dipengerusikan Perdana Menteri pada 22 September lalu.

Dalam pada itu, Menteri Kes.ihatan, Khairy Jamaluddin berkata, berbaki dua peratus untuk pembukaan rentas negeri dan rakyat Malaysia tidak perlu lagi mohon MyTravelPass untuk ke luar negara.

“88 peratus populasi dewasa telah lengkap v.aksin. Ini menunjukkan dua peratus untuk pembukaan sempadan dan rakyat Malaysia tidak perlu lagi mohon MTP untuk mengembara ke luar negara,” ciap Khairy menerusi akaun Twitter beliau hari ini.

Buat Ujian

Menteri Kes.ihatan, Khairy Jamaluddin meminta orang ramai yang ingin pulang ke kampung halaman selepas rentas negeri dibenarkan, menjalani ujian kit ujian kendiri C0vid 19 RTK air liur bagi memastikan mereka selamat daripada v.irus itu sebelum bertemu ibu bapa.

Kata beliau, mereka yang terd.edah kepada penularan digalakkan untuk berbuat demikian secara berkala.

“Sekiranya anda ingin pulang ke kampung untuk berjumpa dengan ibu bapa berusia, lakukan ujian air liur RTK. Jaga keselamatan mereka.

“Dalam peralihan menuju e.ndemik, kita tidak perlu melibatkan pihak polis dan sebagainya bagi membuat sekatan jalan raya untuk memastikan anda telah div.aksinasi penuh atau menjalani ujian. Kini bergantung kepada tanggungjawab dan sikap, saya yakin kita boleh menghadapi c.abaran pembukaan selamat,” katanya dalam akaun Twitter beliau hari ini.

Dalam masa yang sama Ketua Pengarah Kes.ihatan, Tan Seri Datuk Seri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, orang awam perlu mengambil t.indakan proaktif seperti yang disarankan Menteri Kes.ihatan mengenai pengambilan ujian air liur.

“Sedikit masa lagi rakyat Malaysia akan dibenarkan merentas negeri untuk balik kampung dan melancong. Tetapi ingin diperingatkan agar kita ambil tindakan proaktif untuk jalani ujian air liur RTK Agen kendiri supaya kita dapat pastikan kita tidak bawa j.angkitan kepada mereka di kampung,” katanya di Twitter hari ini.

Noor Hisham berkata demikian bagi mengulas kenyataan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin yang menyarankan orang awam untuk menjalani ujian kendiri tersebut, seperti yang dilaporkan oleh Bernama di Twitter.

Dalam pada itu, Noor Hisham turut menjawab persoalan daripada netizen dalam bebenang Twitter tersebut yang bertanya tentang waktu sebenar boleh merentas negeri.

“Kita bergantung kepada maklumat data bukan tarikh. Terkini 88.4 peratus rakyat dewasa telah pun lengkap div.aksinkan. Apabila kita mencapai 90 peratus rakyat dewasa lengkap div.aksinkan maka merentas negeri akan dibenarkan,” jawabnya kepada persoalan tersebut.

SUMBER/KREDIT : Kosmo/SK via ONlinemalaya

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komentar yang telah diberikan oleh pembaca kami. Kerana ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami.

Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komentar anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*