“Azmin Ali Menggunakan Face Mask Jenis Lutsinar”

Wargamaya menyuarakan pembelaan kepada seorang remaja yang dikenakan denda RM1,000 kerana menurunkan pelitup muka yang dipakainya di sebuah stesen komuter.

Mereka mempersoalkan apa yang dilihat sebagai penguatkuasaan berat sebelah terhadap peraturan pemakaian pelitup muka dengan membangkitkan gambar sejumlah ahli politik yang tidak memakainya di tempat awam.

Insiden remaja itu yang dikenakan denda disiarkan dalam sebuah video TV3 dan kini tular di media sosial.

“Seriuslah? Tak kasihan pada budak ini? Dia masih belajar, pak menteri tak pakai pelitup muka, tak amal penjarakan sosial di TV3 tak ada pula disaman.

“Adakah gelaran pak menteri ada tiket untuk lepas daripada saman?” soal seorang pengguna Twitter bernama “AFK” yang turut mengongsikan video tersebut.

Seorang lagi membalas video tersebut dengan beberapa gambar Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Azmin Ali yang tidak memakai pelitup muka di satu acara.

Pemilik akaun “Nontoxic” itu menggesa polis agar mengambil tindakan terhadap gambar menteri-menteri dalam gambar yang dikongsikannya.

“Jangan buat-buat tak nampak. Gambar ada, tarikh ada. Pergi saman lekas,” katanya.

Sejumlah wargamaya membangkitkan kenyataan Menteri Pertahanan Ismail Sabri Yaakob sebelum ini bahawa pemakaian pelitup muka hanya diwajibkan di “tempat awam yang sesak”.

Bagaimanapun Ismail berkata pemakaian pelitup muka di “kawasan luas” tidak diwajibkanwalaupun digalakkan.

Dalam video TV3 itu, remaja tersebut dilihat menangis setelah dikenakan denda dan berkata dia hanya menurunkan pelitup muka kerana berasa gatal.

Dalam video itu juga, anggota polis berkata ramai yang memberi alasan mereka hanya membuka pelitup muka “sekejap sahaja” walaupun arahan kerajaan adalah agar ia dipakai setiap masa ketika berada di tempat awam yang sesak.

Malaysiakini telah menghubungi Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador berhubung perkara ini.

Sejak peraturan itu dikuatkuasakan bermula 1 Ogos lalu, timbul kekeliruan berkenaan maksud “tempat awam yang sesak”.

Pada 5 Ogos, Majlis Keselamatan Negara mengeluarkan senarai penuhtempat dan keadaan yang diwajibkan pemakaian pelitup muka.

Ketika tempoh awal pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) beberapa bulan lalu, timbul juga dakwaan pihak berkuasa lambat bertindak terhadap ahli politik dan VIP yang dirakam melanggar prosedur operasi standard (SOP) perintah itu.

Susulan itu, beberapa ahli politik dikenakan denda atas pelanggaran yang dilakukan.

Namun ada juga pengguna twitter yang memberi sindiran terhadap Azmin Ali bahawa beliau memakai face mask lutsinar dan direka khas oleh pereka terkenal

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*