Safawi Rasid BakaI Jadi Pemain PaIing MahaI di Asia Tenggara. Ini Gaji Yang Dia Bakal Terima, Tak Sangka!

” Safawi Rasid pemain baru Portimonense!

” Pemain kelahiran Malaysia adalah salah satu tarikan utama dari Asia itu, yang dianggap sebagai pemain terbaik dalam dua musim terakhir. Selamat datang Safawi”

Demikian status ditulis Portimonense SC berhubung penghijrahan Safawi Rasid ke kelab liga utama Portugal itu.

Pemain sensasi Harimau Malaya, Safawi Rasid bakal menjadi pemain paling mahal di Asia Tenggara jika dia mampu membuktikan keupayaan bersama kelab liga utama Portugal, Portimonense SC.

Malah, nilai penyerang Johor Darul Takzim (JDT) yang berasal dari Dungun, Terengganu itu boleh meningkat sekali ganda selepas menempatkan diri dalam pasukan di Eropah, sekali gus dia menjadi perhatian kelab ternama lain pada masa akan datang.

Ketika ini, mengikut www.transfermarkt.com, tanda harga Safawi mencecah 300,000 pound (RM1.6 juta) dan nilai terbabit akan meningkat hingga RM3 juta jika dia terus kekal beraksi bersama kelab terbabit atau dilamar kelab gergasi Eropah.

Perkara terbabit diakui Pengarah Urusan Action Football Asia (M) Sdn Bhd, Effendi Jagan Abdullah apabila melihat ketika ini hanya Safawi saja pemain Asia Tenggara bermain di liga utama Portugal itu.

Beliau berkata, menerusi kemampuan yang dimiliki Safawi, tidak mustahil dia boleh bersaing dengan pemain lain selain yakin tidak berdepan sebarang masalah untuk kekal beraksi di Eropah.

” Saya tidak menolak kemungkinan Safawi boleh menjadi pemain paling mahal di Asia Tenggara lebih-lebih lagi jika dia beraksi cemerlang bersama kelab terbabit.

Berapa gaji yang bakal diterima Safawi Rasid?

” Jika mengikut anggaran, gaji seorang pemain Asia di Liga Portugal adalah dalam lingkungan AS$7,000 hingga AS$15,000 sebulan iaitu bersamaan RM30,000 hingga RM70,000.

” Gaji Safawi mungkin boleh mencecah RM70,000 berdasarkan prestasi semasa, namun perkara terbabit adalah subjektif dan itu adalah jumlah yang kemungkinan Safawi peroleh nanti.

” Perkara utama adalah Safawi berpeluang bersaing dengan pemain daripada kelab terkenal seperti Benfica dan Porto yang sememangnya diketahui mempunyai ramai pemain ternama,” katanya ketika dihubungi Arena Metro, semalam.

Selasa lalu, Pengarah Sukan Kelab Bolasepak JDT, Martin Prest di laman sosial Johor Southern Tiger (JST) memaklumkan pihaknya bersedia melepaskan Safawi untuk meneruskan kariernya di Eropah.

Safawi juga mendapat ‘lampu hijau’ daripada majikannya, Tunku Ismail Sultan Ibrahim untuk melebarkan sayap beraksi bersama kelab itu.

Sementara itu, Effendi yang turut mengenali beberapa individu di Liga Portugal memaklumkan Portimonense SC adalah pasukan berpengaruh dan penghijrahan Safawi ke kelab terbabit adalah perkara yang membanggakan negara.

KREDIT: LAWAK SIOT

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih!

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*