Banyak Order Masuk Sampai Habis Stok Baju, Tindakan Murni Ustaz Ebit Lew Tarik Perhatian Ramai

Pada waktu penularan wbak penyakit Covid-19 yang sedang melanda negara kita pada waktu ini, kita dapat lihat bagaimana seorang insan sedang bertukus-lumus menyantuni anggota-anggota petugas di barisan hadapan dengan menyediakan keperluan-keperluan mereka.

Tindak tanduk beliau sangat dikagumi oleh netizen dan telah menjadi inspirasi kepada ramai orang bahawa hidup di dunia ini perlulah sentiasa beramal baik dan membuat kebajikan walau di dalam keadaan yang sukar.

Dengan tagline ‘keluarga sunnah’, dan sentiasa menyeru umat Islam untuk mengikut cara hidup Baginda Nabi SAW, sudah cukup membuatkan Ebit Irawan Bin Ibrahim Lew atau nama komersialnya Ustaz Ebit Lew disegani dalam kalangan masyarakat Malaysia.

Sedia maklum bahawa ustaz ebit lew juga mempunyai butik perniagaan sendiri iaitu Elews Design yang bertempat di bandar baru bangi.

Menerusi kongsian beliau di ruangan facebook semalam, beliau memerlukan 100 tukang jahit di kilang beliau untuk menjahit beribu kurta serta baju melayu.

Ini kerana pesanan yang diterima terlalu banyak sehingga kehabisan stok elews design. Antara komen menarik dan positif dari netizen.

Bertambah murah rezeki ustaz

“Tak pandai menjahit, mampu doakan je”

Alhamdullilah, saya mesti beli

Antara tips murah rezeki yang dikongsikan oleh Ustaz Ebit Lew dalam hidup seharian.

Dua kunci rezeki dan ketenangan datang dalam hidup kita. Sayang dan jaga isteri dengan baik, jaga solat.

Sebelum mulakan kerja, solat 2 rakaat. Nak buat apapun. Minta pada Allah dahulu.

Tidak pernah kecewa sebuah keluarga yang membawa sunnah Nabi SAW. Tiada yang boleh memberi bahagia selain dari Allah SWT.

EbitLew, SAMBALTUMIS

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*