Baru Jer Dpt Gelaran Tan Sri, Dr Noor Hisham Terima Anugerah Tokoh Maal Hijrah Pula. Ini Respon Beliau

” Sebagai seorang pakar bedah, saya mungkin boleh menyelamatkan satu nyawa pada satu masa.

” Tapi dalam pentadbiran iaitu kesihatan awam kalau perancangan betul, kita boleh menyelamatkan satu negara.”

Demikian reaksi Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah selepas beliau dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah 1442H/2020M pada Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan di Masjid Negara, hari ini.

Menurut Dr Noor Hisham, apa yang penting Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bekerja sebagai satu pasukan untuk negara.

” Saya berasa terharu dan teruja menerima anugerah ini. Tapi saya mewakili KKM dan kakitangan yang bekerja di sebalik tabir untuk menjalankan tugas memutuskan penularan jangkitan COVlD-19,” katanya pada sidang media selepas menerima anugerah berkenaan.

Dr Noor Hisham, 57, diumumkan sebagai Tokoh Kebangsaan manakala Syeikhul Azhar Al-Syarif, Sheikh Prof Dr Ahmad Tayyib diumumkan Tokoh Antarabangsa.

Anugerah itu dikurniakan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah.

Dikenali sebagai insan yang sentiasa merendah diri, Dr Noor Hisham turut mengucapkan penghargaan kepada semua kementerian yang bekerjasama dalam usaha mengawal penularan wabak.

Menurutnya, tanggungjawab memutuskan rantaian pandemik di negara ini adalah tanggungjawab semua pihak termasuk masyarakat.

” Saya menyeru rakyat sama-sama membantu negara iaitu kita jaga kita, keluarga, masyarakat dan negara. Insya-Allah kita akan menang,” katanya.

Terima gelaran Tan Sri

Isnin lepas, Dr Noor Hisham dikurniakan Darjah Panglima Setia Mahkota (PSM) oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang menerima gelaran Tan Sri.

Dr Noor Hisham menerima kurniaan itu pada hari pertama Istiadat Menghadap dan Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan yang berlangsung di Istana Melawati, Putrajaya.

Figura yang menjadi sebutan rakyat Malaysia khususnya ketika negara dilanda pandemik COVlD-19 itu dilahirkan di Sepang, Selangor pada 21 April 1963.

Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana dalam bidang Surgeri dan Ijazah Doktor Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan mula menyertai perkhidmatan awam sebagai pegawai perubatan pada Ogos 1988.

Kepakarannya adalah dalam kanser endokrin payudara dan beliau memberikan kepemimpinan dalam pelbagai pembelajaran dan program jangkauan kesihatan yang inovatif untuk semua.

Dr Noor Hisham dinamakan sebagai antara tiga doktor terbaik dunia oleh China Global TV Network (CGTN) sebaris pakar penyakit berjangkit Amerika Syarikat (AS), Dr Anthony Fauci dan Ketua Pengarah Kesihatan New Zealand, Ashley Bloomfield berdasarkan kewibawaan menangani krisis COVlD-19.

KREDIT: LAWAK SIOT

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih!

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*