Selepas Polis Gagal Reman Dan Bebaskan Pengasas Rumah B0nda, Bekas Penghuni Dedahkan Detik Detik Hitam Bella

Sebelum ini kecoh dengan isu seorang anak istimewa bernama Bella yang dijaga di sebuah rumah kebajikan, Rumah Bonda ditemukan dalam keadaan mengejutkan. Ramai yang bersuara pembelaan sewajarnya perlu diberikan secara adil. Di bawah pantauan JKM, kini dia ditempatkan di Taman Sinar Harapan Tuanku Ampuan Najihah, Seremban.

Menurut laporan dari AWANI,Ā  bekas penghuni Rumah Bonda pernah melihat keadaan Bella semasa dijaga di rumah kebajikan tersebut. Saksi bercerita yang dia pernah diarahkan untuk hanya memberi makan serta minum sekali dalam sehari.

PemilikĀ  Rumah Bonda ditahan polisā€¦Hadir ke balai beri keterangan

Laporan Harian Metro memaklumkan bahawa pemilik Rumah Bonda yang berusia 29 tahun telah pun ditahan pada semalam. Dia diminta hadir ke balai polis untuk berikan keterangan berikutan laporan dibuat oleh orang ramai terhadap isu adik Bella yang tular sebelum ini. Pihak berkuasa juga telah membuat permohonan reman terhadap wanita tersebut di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur untuk tindakan selanjutnya.

Laporan terkini laporkan pemilik Rumah Bonda dibebaskan

Bagaimanapun dalam laporan terkini, dia terpaksa dibebaskan kerana dikatakan pihak polis gagal memperolehi perintah reman berkenaan. Ini termasuklah faktor di mana permohonan reman yang dibuat pada hari ini tidak mendapat kelulusan mahkamah.

Polis gagal mendapat perintah reman terhadap pengasas Rumah Bonda, Setapak di sini, hari ini untuk membantu siasatan kes penderaan seorang remaja perempuan orang kurang upaya (OKU).

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Abdul Jalil Hassan berkata, permohonan reman terhadap wanita berusia 29 tahun itu dibuat hari ini di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur selepas ditahan semalam.

Menurutnya, wanita berkenaan ditahan pada 10.36 pagi di kediamannya di Wangsa Maju dan polis membuat permohonan reman hari ini namun mahkamah tidak meluluskan permohonan berkenaan dan kemudiannya membebaskannya.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 dan kertas siasatan sudah dirujuk kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya pada 13 Julai lalu dengan cadangan tuduh suspek wanita itu bersama tiga yang lain.

“Pada 14 Julai lalu, satu lagi kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan (KK) dan 506 KK dan Seksyen 5(2) Akta pusat Asuhan 1953 (gagal memberi jagaan dan pengawasan yang mencukupi),” katanya menerusi kenyataan media di sini, hari ini.

Sebelum ini dilaporkan remaja yang mengalami sindrom Down berusia 13 tahun yang dikenali dengan nama Bella dipercayai didera di sebuah pusat kebajikan milik pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di ibu kota.

Berikutan itu, rumah kebajikan itu sini turut disita melalui perintah mahkamah yang dikeluarkan pada 5 Julai lalu.

Selepas itu, Pelindung Unit Kanak-Kanak, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) turut mengambil tindakan terhadap enam kanak-kanak dengan mengeluarkan mereka daripada rumah kebajikan itu.

Rumah kebajikan terbabit juga didapati beroperasi secara haram sejak 2019 dan tidak berdaftar dengan JKM.

Kisah menyayat hati itu mendapat perhatian orang ramai yang rata-ratanya bersimpati dengan nasib Bella dan mewujudkan tanda pagar #justiceforBella di media sosial.

Remaja berkenaan kini ditempatkan di Taman Sinar Harapan Tuanku Ampuan Najihah di Seremban, Negeri Sembilan.

Sumber/Kredit: TwtterĀ Hillmie Mallique_Awani,Ā Hmetro Via Kis4hDunia

PERHATIAN:Ā PihakĀ Kualalumpur ViralĀ Ā tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komentar yang telah diberikan oleh pembaca kami. Kerana ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami.

Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komentar anda disini. PihakĀ Kualalumpur ViralĀ juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*