“Bainun gaul nasi goreng dengan cili, pegang dagu Bella dan suap. Bella elak tapi kena paksa.” – Saksi

Menerusi Kosmo, dagu remaja perempuan Sindrom Down, Bella dipegang dan dipaksa memakan nasi goreng bercampur cili oleh Pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd. Razali di sebuah unit Kondomonium di Wangsa Maju sekitar Mei tahun lalu.

Saksi pendakwaan kelapan, Suhana Zam, 40 yang juga Pegawai Penyelidik Undang-Undang di sebuah firma guaman, berkata kejadian tersebut berlaku di depan matanya ketika dia pulang ke sana untuk makan tengah hari, melihat Siti Bainun meletakkan sejumlah cili yang sudah dipotong dengan nisbah cili yang banyak.

“Bella elak tak nak makan tetapi dia paksa Bella makan…”

Menerut saksi ke-5 dalam prosiding terdahulu, Yasmin Nahar Mahmood, 19, (bekas penghuni Rumah Bonda) memberitahu mahkamah, Siti Bainun telah memberi Bella makan 20 biji cili selama beberapa kali seminggu.

“Saya nampak rambut Bella dipotong.pendek ‘tobek’, muka Bella ketakutan…”

Saksi turut memberitahu mahkamah bahawa dia pernah melihat muka Bella mempunyai kesan lebam sebesar tapak tangan di bahagian kanan muka ketika ke rumah Siti Bainun pada 13 Jun 2021.

Ketika ditanya Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Mohamad mengapa saksi itu tidak bertanya lebih lanjut tentang apa yang berlaku, (keadaan Bella) Suhana menjawab, bimbang dengan reaksi Bainun akan terhadapnya dan Bella.

Tambah Suhana, akses kondominium yang didiami Siti Bainun agak ketat berikutan pengunjung perlu meminta bar code dari tuan rumah untuk memasuki kondominium.

Perbicaraan di hadapan Hakim Izralizam Sanusi bersambung lagi petang ini.

Tohmah Orang Sana Sini Konon ‘Fight For Justice’- Peguam Siti Bainun Tegur Netizen?

Baru-baru ini, tersebarnya satu kenyataan media dikeluarkan oleh Peguambela & Peguamcara bagi pihak pemilik Rumah Bonda, untuk memberikan fakta dan penjelasan bagi pihak Siti Bainun.

Dalam kenyataan media yang disiarkan di portal Gempak, peguam mewakili  Bainun, Nur’Aminahtul Mardiah Md. Nor  menjawab lapan spekulasi dan fitnah di media sosial.

Sementara itu menurut tinjauan kami di akaun twitter Nur’Aminahtul dengan @minmdnor, dia telah mengeluarkan beberapa tweet berkaitan dengan kes penderaan adik Bella.  Salah satunya, dia menasihati orang ramai supaya tidak menuduh anak guamnya tanpa ada bukti kerana ia boleh menganaiya orang yang tak bersalah.

“Bercakap tanpa fikir. Tanpa bukti. Tohmah orang sana sini konon fight for justice sampai lupa aniaya orang itu satu dosa. Yang lawyer pun bukan main komen up status. Lupa ke innocent until proven guilty (tidak bersalah sehingga terbukti bersalah)? Memalukan.”- tulisnya.

‘Klien yang korang bela selama ni baik sangat ke sampai korang pilih kes mana yang bersalah terus kes mana yang tidak bersalah hingga terbukti bersalah?’

Tambahnya lagi, dia mempersoalkan bagaimana orang luar boleh membuat spekulasi mendakwa kes melibatkan anak guamnya ada menggunakan orang dalam atau cable. 

“Yang public konon fight for justice pastu kata orang tu ada kabel bagai mana korang dapat info apa nak jadi next? Sape yang ade kabel emas sebenarnya? Kenapa inside info kau boleh tau?”

Dalam tweet yang berbeza, Nur’Aminahtul juga mempersoalkan mengapa individu yang mempertahankan golongan kanak-kanak boleh menyebarkan gambar dan video penderaan adik Bella. Ini kerana indakan penyebaran gambar-gambar serta video yang menunjukkan tubuh remaja berkenaan adalah melanggar peruntukan undang-undang yang digariskan di bawah Seksyen 15 Akta Kanak-kanak 2001.

“Yang fight for children konon pulak pegi sebar gambar / video children. Tak ke bodoh namanya?”

Terdahulu seperti yang dilaporkan oleh Sinar Harian, Aminahtul berkata, tindakan anak guamnya berdiam diri itu atas nasihatnya. Namun ia telah membuka ruang ramai pihak mengambil kesempatan dalam membuat pelbagai spekulasi, fitnah dan tuduhan yang tidak berasas.

Tambahnya lagi,  merujuk kepada isu berkaitan penderaan yang dilakukan ke atas adik Bella, pendirian anak guamnya masih kekal bahawa tiada sebarang penderaan berlaku.

Sumber/Kredit: Redaksi

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komentar yang telah diberikan oleh pembaca kami. Kerana ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami.

Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komentar anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*