Kehadiran Bella Ke Mahkamah Hari Ini Buat Siti Bainun Menangis Teresak Esak?

KEHADIRAN Bella ke mahkamah hari ini membuatkan pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Abd Razali tidak dapat menahan perasaannya sehingga mena.ngis teresak-esak ketika melihat kelibat Bella bersama-sama dengan lima anak-anak lain dibawa masuk ke dalam mahkamah bagi sesi pengecaman.

Menurut laporan Utusan Malaysia, sesi pengecaman yang dijalankan di sebalik skrin penghadang bagi melindungi identiti kesemua kanak-kanak yang hadir ke mahkamah itu dilakukan oleh tiga saksi penda.kwaan iaitu Suhana Zam, 40; Zurianty Sudin, 39; dan Yasmin Nahar Mahmood, 19.

Harian Metro pula menyebut ketika sesi tersebut, kelihatan Bainun melambai-lambai ke arah kanak-kanak tersebut yang dahulunya pernah berada di bawah jagaan beliau.

Sebelum ini, peguam Nur A’minahtul Mardiah Md Nor yang mewakili Siti Bainun memohon supaya anak guamnya bersemuka dengan enam individu terbabit untuk melihat reaksi mereka. Beliau juga meminta agar sesi itu tidak melibatkan orang ramai sekiranya identiti kanak-kanak itu mahu dirahsiakan.

Namun permohonannya ditolak oleh Hakim Izralizam Sanusi yang berkata bahawa sesi itu akan menumpukan pada pengecaman dan bukan untuk merekodkan keterangan daripada anak-anak itu.

Siti Bainun, 30, menghadapi dua pertu.duhan iaitu mengabai dan menganiaya remaja perempuan sehingga menyebabkan m.ngsa mengalami kece.deraan fi.zikal serta emosi.

Dia ditu.duh melakukan perbuatan itu di sebuah kondominium di Wangsa Maju di sini antara Februari dan Jun 2021. Pertu.duhan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hu.kuman maksimum pen.jara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesa.lahan.

Sumber/Kredit: kini berita info

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komentar yang telah diberikan oleh pembaca kami. Kerana ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami.

Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komentar anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*