7 Tahun Dah Bersama, Sekali Kantoi Diam-Diam Sorok ‘Kenangan’ Date 12 Gadis Lain Dalam Handphone

Zaman teknologi canggih sekarang, sudah banyak kali ‘kantoi’ kisah penipuan menerusi gajet masing-masing. Depan mungkin nampak baik, tapi hati wanita atau gadis mana yang tak berkecai apabila dapat tahu pasangannya diam-diam berbohong.

Rasa tak sedap hati overthinking…ternampak satu apps pelik

Baru-baru ini, tular di Instagram mengenai luahan kecewa seorang gadis susulan terbongkarnya ‘rahsia gelap’ teman lelaki. Sepanjang 7 tahun berkenalan, Nurul Najwa mendakwa pinjam telefon pintar pemuda tersebut untuk siapkan assignment baru-baru ini. Kemudian, dia ternampak satu aplikasi yang agak meragukan, sekali gus cuba membukanya untuk ambil tahu bagaimana ia berfungsi.

Tak sangka orang yang percaya selama ni sanggup buat aku macam takda hati & perasaan..

Namun alangkah luluh hatinya sebaik melihat gambar serta klip video lelaki terbabit pernah date bersama kira-kira 12 orang gadis lain. Bukan sahaja rasa tertipu, malah Najwa akui sedih mengenangkan hubungan erat yang sudah terjalin antara keluarganya selama ini. Justeru, dia turut menasihati wanita lain agar berhati-hati dengan lelaki yang mungkin ada karakter tidak enak sebelum berkahwin.

Lebih baik kumpul pahala daripada kumpul dosa..

Selain netizen, antara yang turut terpanggil mengulas isu tersebut adalah selebriti terkenal Caprice. Tidak mengambil pendekatan untuk mengecam, sebaliknya penyanyi rap dan usahawan ini kongsi teguran umum buat semua lelaki di luar sana agar lebih baik mengejar pahala daripada mengumpul dosa.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Caprice (@capriceofficial)

Sumber:  IG _wawazulkifli & capriceofficial

Kredit : Kisahduni4

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komentar yang telah diberikan oleh pembaca kami. Kerana ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami.

Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komentar anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*