Bertegas ‘Reject’ Janda, Mak Wak Doyok Nak CaIon Menantu AnakDara

Ibu Wak Doyok nak kahwinkan WakDoyok dengan anak dara, status janda patut ‘ditolak’.

MASIH berstatus solo walaupun umur sudah menginjak 43 tahun, pelakon dan usahawan terkenal, Wak Doyok tidak dapat mengelak daripada ditanya mengenai jodoh setiap kali bertemu saudara mara ketika musim perayaan.

Namun, beliau sama sekali tidak tertekan dengan pertanyaan tersebut kerana yakin hal berkenaan telah ditentukan Allah S.W.T.

“Setiap orang ada rezeki masing-masing dan bagi saya jodoh sekarang ini untuk menjaga ibu sendiri. Itu adalah tanggungjawab untuk saya laksanakan.

“Saya bahagia hidup bersama ibu dan belum dikurniakan rezeki untuk memiliki seorang wanita bergelar isteri. Itulah yang akan saya katakan apabila ada yang bertanya bila mahu kahwin,” katanya lagi kepada Kualalumpur Viral

Melihat doa ibu sebagai kunci kebahagian dan pintu rezeki, Wak pasti bakal isterinya nanti juga bersedia untuk tinggal bersama mentuanya.

Tak nak menantu janda

Menerusi klip video pendek di TikTok @majalahnona, dapat dilihat Wak bersama ibu tercinta sedang ditemu bual berkaitan perihal bakal dan calon isteri.

Menurut ibu Wak, calon menantu pilihannya adalah anak dara. Wanita berumur 76 tahun itu bertegas, menolak sekiranya bakal isteri anak lelaki kesayangannya itu seorang janda.

Sambil ketawa mendengar jawapan ibunya, Wak atau nama sebenarnya Mohd Azwan Md Nor menyifatkan soal jodoh sukar untuk diperkatakan kerana ia adalah rahsia Allah.

Walaupun tahu ia adalah aturan daripada Maha Pencipta namun kriteria tersebut adalah yang dimahukan untuk mendampingi anak tersayang

Kata Wak, apabila usia ibu semakin meningkat, inilah masa terbaik untuk memberi tumpuan penuh kepada wanita itu.

Perkongsian ringkas tersebut turut menunjukkan pemandangan rumah mewah milik ikon fesyen berkenaan dan beliau kelihatan sangat rapat dengan ibunya.

Wak Doyok tak fikir soal jodoh.

Sebelum ini, Wak pernah berkongsi beliau mahu dijodohkan dengan seorang wanita yang bertugas sebagai guru.

Namun hasrat untuk mendirikan rumah tangga terpaksa dilupakan kerana terlalu sibuk bebanan kerja.

Beliau juga mengakui pernah dijodohkan dengan seorang gadis oleh ibunya, namun beliau sendiri masih belum bersedia.

Video :

Sumber/Kredit: TikTok OMM

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komentar yang telah diberikan oleh pembaca kami. Kerana ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami.

Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komentar anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*