Tular Foto S0lat Brjemaah Atas Air Tempat Mengalir air, lni Penjelasan UstazAzhar Idrus Dari Segi Hukum

SATU keping gambar tafsiran pelbagai. Cara mata melihat dan hati berbisik, lalu kata-kata atau tulisan terbit dengan pelbagai nada. Pertama kali saya lihat gambar tersebut, saya rasa sebak dan apa yang terlintas di hati.

Mereka usaha solat berjemaah (mungkin awal waktu) dalam suasana kiri kanan hutan tebal memang tiada kawasan lapang, tiada tanah kosong melainkan pokok besar dan lalang hutan yang tinggi, mereka sedang menaiki bukit, bukan kawasan peranginan main air sungai dan air terjun.

Apa yang mereka lakukan agak berbahaya, merisikokan nywa, sudah tentu kewajipan solat akan disegerakan agar lebih tenang dan bersedia. Saya percaya mereka bukan niat nak menunjuk, riak atau mencari publisiti. Mereka hanya ingin menunaikan kewajipan solat dalam apa jua keadaan.

* Kalau saya la, lagi takut solat dalam lalang tu, terbayang binatang berbisa dan lain-lain. Saya juga ada pengalaman solat atas batu, waktu camping dan program dalam hutan. Insya-Allah mereka dah memilih batu yang tak licin dan stabil. Mereka juga mungkin tiada masa nak tebas hutan bagi lapang untuk solat dll. Alhamdulillah mereka semua selamat sahaja.

Tuan puan, solatnya jelas sah, cukup syarat wajib solat, syarat sah solat dan rukun solat. Allahu Akbar, sabda Nabi SAW:

ุฃูุนู’ุทููŠุชู ุฎูŽู…ู’ุณู‹ุง ู„ูŽู… ูŠูุนู’ุทูู‡ูู†ูŽู‘ ุฃูŽุญูŽุฏูŒ ู‚ูŽุจู’ู„ููŠ.. ูˆูŽุฌูุนูู„ูŽุชู’ ู„ููŠ ุงู„ุฃูŽุฑู’ุถู ู…ูŽุณู’ุฌูุฏู‹ุง ูˆูŽุทูŽู‡ููˆุฑู‹ุงู‹ ููŽุฅูŠู…ุง ุฑุฌู„ ู…ูู†ู’ ุฃูู…ูŽู‘ุชููŠ ุฃูŽุฏู’ุฑูŽูƒูŽุชู’ู‡ู ุงู„ุตูŽู‘ู„ูŽุงุฉูŽ ููŽู„ู’ูŠูุตูŽู„ูู‘

Maksudnya: Aku (Rasulullah SAW) diberikan lima kemuliaan yang tidak diberikan kepada sesiapapun sebelum akuโ€ฆ (antaranya) dijadikan kepada aku bumi sebagai tempat sujud dan tanahnya untuk bersuci. Oleh itu, di mana sahaja seseorang itu mendapati waktu solat, maka hendaklah dia mendirikan solat. [HR al-Bukhari: (438)]

Rasulullah SAW bersabda:

ุงู„ุฃูŽุฑู’ุถู ูƒูู„ูู‘ู‡ูŽุง ู…ูŽุณู’ุฌูุฏูŒ ุฅูู„ู‘ุง ุงู„ู…ูŽู‚ู’ุจูŽุฑูŽุฉูŽ ูˆูŽุงู„ุญูŽู…ูŽู‘ุงู…ูŽ

Maksudnya: Setiap jengkal di bumi ini merupakan masjid (tempat sujud untuk solat) kecuali di atas kuburan dan tandas. [HR al-Tirmidzi (236), Ibn Majah (737) dan Abu Daud (415)]

INI JAWAPAN USTAZ AZHAR IDRUS SAH KE SOLAT ATAS BATU

Ustaz Azhar Idrus menjawab persoalan adakah sah solat jika dilakukan di atas batu dan ada air yang mengalir atau basah. UAI beritahu asalkan tempat itu bersih sah solat itu. Sila lihat penjelasan penuh di bawah.

VIDEO

ADAKAH SAH SOLAT DI ATAS BATU SUNGAI?

Ada yang membangkitkan isu anggota Jabatan AMAL bersolat di atas batu sungai laluan air terjun ketika berkhidmat di tempat kejadian kepala air di Yan, Kedah.

Dari sudut hukum fiqh, solat mereka sah kerana mereka bukan menyelam dalam air yang menyebabkan ada kemungkinan tertelan air.

Mereka umpama bersolat di atas lantai yang basah. Solat di atas lantai yang basah sah solat, termasuklah di atas batu sungai yang basah.

Adakah sah solat dalam pakaian yang basah?

Sah, selagi tidak menampakkan warna kulit pada anggota aurat. Sepertimana bersolat dalam hujan, sah hukumnya. Kita pun dapat lihat pakaian mereka tidak menampakkan warna kulit sekalipun basah.

Kenapa mereka bersolat di tempat berair, tak boleh pergi ke daratan?

Kita tidak bersama mereka, jadi kita tidak tahu bagaimana situasi dan keadaan mereka di sana.

Mungkin di daratan penuh dengan lumpur dan tanah yang lecah dan berselut. Jadi bersolat di atas batu sungai lebih diyakini bersih dan selesa, kenapa tidak boleh?

Masuk waktu, mereka terus solat, lepas tu sambung kerja โ€ฆ Nak tunggu turun bukit keluar hutan mungkin lewat โ€ฆ

Kenapa mereka riyaโ€™ dengan mengambil gambar ketika bersolat?

Sebenarnya, lebih baik kita wangikan hati kita dengan berhusnuz zhan, mereka nak berdakwah dan beri galakkan supaya bersolat jemaah walau di mana sahaja dan dalam apa jua keadaan.

Terima kasih kepada mereka yang membangkitkan isu ini.

Kita sama-sama fikir bagaimana nak dakwah sebahagian orang Islam yang masih berat menunaikan solat, walaupun dalam keadaan selesa di daratan.

Terima kasih kerana sudi membaca!

SUMBER/KREDIT: Harakah Daily | FB Ustaz Azhar Idrus via satkobaviral

PERHATIAN:ย Pihakย Kualalumpur Viralย ย tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komentar yang telah diberikan oleh pembaca kami. Kerana ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami.

Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komentar anda disini. Pihakย Kualalumpur Viralย juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*