Ank Prempuan TunggaI Pewarls Pernlagaan Arwh Siti Sarah – “DekTa Akan Teruskan…”

Legasi perniagaan, Ratasya Empire Sdn Bhd yang ditinggalkan Siti Sarah Raissuddin, diteruskan oleh anak tunggal perempuan Allahyrhamah, Dzakira Talita Zahra, 9.

Perkara tersebut diumumkan Ketua Pegawai Eksekutif Ratasya Empire, Siti Fatimah Suberi ketika majlis pelancaran kempen Loveta X Anzalna yang diadakan di The Ruma Hotel & Residences pada Jumaat lalu.

“Talita akan menyambung legasi peniagaan ibunya memandangkan dia sendiri sudah menunjukkan minat yang mendalam terhadap bidang fesyen dan perniagaan.

“Buat masa sekarang saya akan uruskan perniagaan ini sehinggalah DekTa (Talita) sudah betul-betul bersedia untuk menguruskannya dan mengambil alih.

“Kami juga sudah mempunyai perancangan untuk memperkenalkan tudung untuk kanak-kanak sempena sambutan Hari Raya Aidilfitiri tidak lama lagi,” kata Siti Fatimah yang juga ibu tiri kepada Allahyrham.

Bagaimanapun kata Siti Fatimah, Ratasya Empire akan memberi tumpuan kepada kempen Loveta X Anzalna yang baru sahaja bermula.

Mengulas mengenai pemilihan Anzalna, Siti Fatimah berkata Loveta menyambung hasrat Siti Sarah untuk menyunting pelakon tersebut.

“Allahyrham sudah lama ingin bekerjasama dengan Anzalna dan kami teruskan hasrat dia. Alhamdulillah, Anzalna bersetuju untuk menjalin kerjasama.

“Terima kasih kepada Azalna kerana hubungan baik yang terjalin antara beliau dan arwh Sarah sejak dahulu menjadi asbab beliau sudi memilih jenama Loveta dalam kempen kali ini,” katanya.

Menerusi kempen Loveta X Azalna, mereka memperkenalkan Anzalna Shawl yang juga merupakan shawl semi instant yang hadir dengan 11 koleksi warna.

Menariknya, produk kali ini dihasilkan mengikut citarasa pelakon berkenaan yang mahukan tudung mudah dipakai tetapi mempunyai kelas dan standard tersendiri.

“Kami berharap agar koleksi ini dapat memenuhi citarasa wanita bertudung di luar sana, terutama yang sukakan gaya ringkas dan cepat.

“Saya bersyukur kerana dapat menunaikan impian Siti Sarah sekarang. Dan hari ini adalah hari yang bermakna buat kami dan arwh,” katanya terharu.

Sumber/Kredit: Gempak via wannetwork

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komentar yang telah diberikan oleh pembaca kami. Kerana ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami.

Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komentar anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*