“Awak Cantik Kenapa SeIongkar S4mpah?”- Gadis TebaI Muka Cari Retainer Gigi

“TERPAKSA seIongkar tong smpah food court,” itulah kapsyen yang tertera pada video seorang gadis yang kehiIangan barang yang dianggap penting dan berharga untuk dirinya.

Video yang dik0ngsi gadis berkenaan menunjukkan dia sedang menyeIongkar tong smpah kerana tidak sengaja terbuang retainer gigi miliknya sendiri.

Setakat ini video tersebut meraih sebanyak 840,000 tontonan di aplikasi TikT0k.

Berk0ngsi cerita, Nur Durrani Waheda Wahed, 18, berkata, kejadian berlaku sewaktu dia keluar makan bersama ibunya, Shakilawati Maideen, 47, dan kakaknya, Nur Maisarah Waheda Wahed, 22, di sebuah pusat beli-belah di Nilai, Negeri Sembilan.

Jelasnya lagi, dia baru sahaja sembilan hari menggunakan retainer itu setelah hampir dua tahun memakai pendakap gigi.

“Saya tertinggal retainer box dalam kereta, jadi waktu itu cuma guna tisu untuk balut. Lepas dah cuci, saya letaklah dalam plastik makanan. Tapi masa makan di food court tu kakak gunakan plastik yang ada retainer tu untuk letak smpah.

Durra baru sahaja membuka pendakap giginya pada 1 September lalu.

“Saya terlupa yang retainer ada dalam plastik tu dan kakak pula buang selepas selesai makan. Saya teringat pasal retainer tu pun selepas ternampak retainer box dalam kereta sewaktu dah nak gerak balik.

“Masa tu memang terkjut dan takutIah kena bebel dengan mak, k0s nak buat tu saja dah RM200. Maklumlah, saya baru je pakai retainer dan ini merupakan kali pertama keluar pakai benda tu,” katanya.

Lebih mesra disapa Durra, dia yang ditemani kakaknya kemudian gigih menyeIongkar tong sampah sekitar kawasan medan selera yang mereka sekeluarga makan untuk mendapatkan semula retainer tersebut.

Mengakui maIu kerana dipandang orang ramai ketika itu, Durra bagaimanapun lega apabila dia akhirnya bertemu dengan apa yang dicarinya di dalam tong smpah yang ketiga.

“Saya korek semula t0ng smpah di situ dengan harapan dapat jumpa semula. Ada juga rasa macam sudah tiada harapan sebab terIampau banyak smpah, nasib baik dalam tong sampah ketiga dah jumpa retainer yang dibalut kemas dengan tisu.

Cuma bila teringat tu rasa macam nak baIing retainer tu. NUR DURRANI WAHEDA WAHED

“Ambil masa lebih kurang 10 minit jugalah nak mencari, memang saya rasa maIu kerana orang sekeliling semua pandang je. Ada seorang tu siap kata, awak cantik, kenapa seIongkar tong smpah?

“Kakak saya yang rekod video itu sebab dia tahu adik dia ni memang seorang yang cu4i. Sebelum ni cermin mata saya dah tiga kali patah sebab letak merata tempat,” katanya yang merupakan pelajar jurusan Sains Komputer di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan di Kuala Pilah.

Menurut anak ketiga daripada empat beradik itu, dia bernasib baik kerana retainer tersebut masih dalam keadaan terbalut rapi dan tidak terkena sisa makanan lain di dalam tong smpah.

Durra turut berpesan kepada pemakai retainer untuk menggunakan kotak yang diberikan sebaik mungkin bagi mengelakkannya daripada tercicir.

“Kira bernasib baik jugalah waktu dah jumpa tu, retainer saya memang tak terkena makanan lain langsung pun. Saya membilasnya dengan air di sinki, bila dah sampai rumah barulah cuci guna berus dan sabun.

“Disebabkan tak k0tor terkena kot0ran smpah, jadi saya tak rasa geIi sangat. Cuma bila teringat maIu tu, rasa macam nak baling je retainer tu.

“Pesanan saya untuk mereka yang pakai retainer ni, janganlah baIut dalam tisu sebab nanti risau terlupa dan terbuang dalam tong sampah macam ke$ saya ni. Tolonglah manfaatkan kegunaan retainer box yang diberikan itu sebaik mungkin,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

SUMBER/KREDIT : mstar via imediaviral

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komentar yang telah diberikan oleh pembaca kami. Kerana ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami.

Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komentar anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*