Che Ta Kritik Busana K0ntinjen Malaysia Di Pembukaan Olimpik “Tak ada Peruntukan Ke?”

Meskipun sudah dua hari berlalu, namun sesi pembukaan sukan Olimpik 2020 masih menjadi bualan pihak di luar sana susulan melihat busana yang diperagakan pada malam penuh gilang-gemilang itu.

‘Dua kali tengok macam sarung bantal’

Tidak hanya dengan itu, nyata aktres Rozita Che Wan juga tidak ketinggalan untuk memuat naik kenyataan di Insta Story dalam memperihalkan busana yang dipakai oleh kontinjen dari Malaysia pada malam tersebut.

“Pihak Kementerian Belia dan Sukan (KBS) tidak mempunyai peruntukan atau bajet ke bagi menggunakan khidmat pereka fesyen tempatan untuk mereka pakaian kontinjen negara di acara sukan tersebut?”

“Sekali lihat, corak pada bahagian kain seperti ulat. Dua kali tengok macam sarung bantal pula walaupun katanya persis kerusi stadium.”

-Che Ta-

Bukan itu sahaja bahkan sebelum ini cef selebriti terkenal turut menyamakan busana berkonsepkan pakaian tradisional Melayu itu seperti badut.

Hal ini disebabkan oleh pemilihan warna yang dikenakan pada busana tersebut iaitu campuran antara warna kuning dan merah.

Untuk rekod, pakaian kontinjen negara merupakan hasil rekaan Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka Universiti Teknolgi Mara (UiTM), Shah Alam yang membawa tema Laksamana Hang Tuah manakala warna pula diinspirasikan daripada empat warna jalur gemilang.

SUMBER/KREDIT: Astro Awani via Awatttsyeikhh Network

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komentar yang telah diberikan oleh pembaca kami. Kerana ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami.

Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komentar anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*