‘Aku Terkilan Sebab Aku Masih Mahu Baiki & Bertahan Lagi’ Isteri Shuk Sahar Luah Perasaan Dah Putus Asa?

Sebelum ini, rumah tangga pelawak, Shuk Sahar dan isterinya, Rossalennah Natassyiah Asshaferah nyaris musnah apabila pelawak tersebut dipercayai menjalinkan hubungan bersama seorang wanita.

Terbaharu, Rossa dilihat memuat naik beberapa Instastory di Instagram mengakui bahawa dia sudah tidak kuat untuk lalui perkara yang sama seperti terdahulu.

Akui rasa tidak kuat untuk lalui namun reda

Kejamnya manusia yang sanggup bersumpah berjanji padahal sedang bersama yang lain. Tiada yang lebih zalim daripada ini. Sakit sangat.

Rossa turut mengakui bahawa dia sudah tidak kuat untuk melalui semua perkara ini namun reda dan dia percaya bahawa semua berlaku ini adalah sebaik-baik perancangan Allah SWT. 

Aku terkilan sebab aku masih mahu baiki dan bertahan lagi tapi Allah merancang sesuatu yang lain. Allah tidak izinkan kali ini untuk aku maafkan lagi. Sedih sangat tapi aku bersyukur sebab Allah tunjukkan kebenaran.

Ingat, jangan sebab kamu dicintai, disayangi, dimaafkan kamu memperlakukan hidup orang sesuka hati. Dia pun ada hati dan perasaan. Doakan semoga urusan Sera dipermudahkan.

Dalam masa yang sama, Rossa turut mengatakan bahawa anak-anaknya merupakan sumber kekuatan untuk mempertahankan rumah tangga mereka meskipun sering menerima cacian serta makian daripada orang ramai kerana memaafkan suaminya. 

Anak-anak lah penguatku. Aku maafkan kau sebab aku selalu pandang wajah-wajah kecil ni. Orang caci aku, maki aku sebab maafkan kau panggil aku b*d*h, tak ketat sampai suami cari lain aku hadam je tapi kenapa sanggup buat lagi.

Dah bagi peluang tapi tak pernah hargai

Di Instastory lain, Rossa mengatakan bahawa tidak ada sesiapa pun yang ingin berpisah dan sebolehnya si isteri tetap bersabar walaupun perit dan trauma.

Sayang sangat sebab peluang tu tak pernah dihargai. Mempersendakan, perasaan dan hati yang sanggup memaafkan kamu.

Ujarnya, dia sudah tidak mampu untuk memenangi hati suaminya lagi dan berterima kasih kepada wanita yang telah mengganggu rumah tangga atas ‘kesakitan’ yang dialami olehnya. 

Kepada si dia yang juga seorang wanita, terima kasih untuk semua rasa sakit ini. Aku harap kau tak lalui rasa sakit yang aku rasa ini sebab kau tak akan sanggup berdiri di sini.

Di Instastory :

SUMBER/KREDIT : rossa.sera via Ohbulan

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komentar yang telah diberikan oleh pembaca kami. Kerana ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami.

Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komentar anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*