
Hari perkahwinan sudah tentu akan menjadi satu detik yang paling bersejarah dan ditunggu-tunggu oleh bakal pengantin. Malah masing-masing pasti cukup teruja untuk melakukan persiapan dari hujung kaki hingga hujung kepala.
Kenal dari 2019 lagi nak bina rumah tangga…Terima kasih untuk keputusan hari ini
Namun keterujaan seorang gadis ini untuk mendirikan rumah tangga malah musnah sekelip mata lalu kisah pilunya dikongsikan menerusi beberapa video di TikTok. Tatkala semua persiapan sudah dilakukan baik dari segi hantaran dan juga pakaian, pernikahannya bersama pasangan yang dikenali sejak 2019 tidak dapat dilaksanakan.
Saya call dia dah nak dekat 300 kali, tapi tak pernah angkat…Malam nak pakai inai pun call
Menerusi satu rakaman live yang dibuat, gadis tersebut mendakwa bakal suaminya itu langsung tidak dapat dihubungi ibarat menghilang begitu sahaja. Sampai kepada masa berinai pun, lelaki terbabit cuba ditelefon dengan harapan akan ada bayang yang muncul agar pernikahan boleh dilangsungkan.
Along harap kalau masih ada jodoh lagi dengan dia, boleh terima balik
Biarpun itu, gadis tersebut meluahkan telah pun reda apabila diperlakukan seperti itu oleh bakal suaminya sendiri. Dalam pada itu, dia tidak menolak jika jodoh mereka masih ada kerana akui rasa sayang masih lagi ada. Meskipun impiannya tak kesampaian, gadis berkenaan tetap menyarung busana pengantin tersebut sebagai tanda kenangan.
Sumber/Kredit: TkT0k Sulongtakir, milachantika4 & th4y4n44.co / videoviral / kis4hdunia
PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komentar yang telah diberikan oleh pembaca kami. Kerana ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami.
Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komentar anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Terima kasih
Leave a Reply