Dakwa Guru Buat Lawak ʀᴏɢᴏʟ, Adik Ain Dapat Surat Tntutan Fltnah RM1juta?

Pelajar perempuan, Ain Husniza yang pernah mendedahkan mengenai dkwaan jenaka ʀᴏɢᴏʟ dilakukan oleh seorang guru lelaki di sekolahnya menerima surat tuntutan fitnah RM1 juta.

Remaja berusia 17 tahun itu memaklumkan perkara tersebut menerusi laman Twitter miliknya @ant33ater, namun tidak berkongsi lebih lanjut berhubung isu berkenaan.

“Hai. Hari ini Ain tiba-tiba terima surat tuntutan atas ‘pernyataan-pernyataan ftnah’. Dalam surat ini, Ain diberi tujuh hari untuk semua tuntutan ini…

“…antaranya untuk membayar RM1,000,000 dalam ganti rugi.  Saya mohon semua doakan urusan Ain dipermudahkan,” tulisnya petang tadi.

Malah, Ain juga mengakui emosinya tidak stabil sehingga membuatkan dirinya kurang aktif berkongsi perkembangan di media sosial.

“Saya minta maaf, emosi Ain sangat tak stabil yang buat Ain tak post aktif dalam media sosial. Tengah dalam kelas online dapat surat macam ni,” luahnya.

Sementara itu, bapanya Saiful Nizam turut memuat naik satu posting di laman Facebook berhubung isu tersebut yang menerima surat tuntutan daripada Tetuan Rasshidi Ema & Yung

Bagaimanapun, pihaknya tidak akan memberikan sebarang maklum balas setakat ini selepas mendengar nasihat peguam.

“Notis ini ditujukan kepada Ain Husniza, saya sendiri dan isteri. Terdapat lima tuntutan dan salah satunya bayaran ganti rugi RM1 juta.

“Kami akan mendapatkan nasihat daripada peguam tentang hak kami dan tindakan selanjutnya. Untuk makluman, notis tuntutan ini adalah daripada cikgu PJPK sekolah lama Ain Husniza,” ujarnya.

April lalu, pelajar Tingkatan 5 terbabit menyiarkan video di Tiktok dengan mendakwa guru yang mengajar kelasnya di sebuah sekolah di Selangor telah bergurau tentang ʀᴏɢᴏʟ sebelum tampil membuat laporan polis.

Isu terus berlarutan apabila dia mendakwa menerima ugutan rogol daripada rakan sekelasnya, selain diberikan surat amaran berikutan tidak hadir ke sekolah.

SUMBER/KREDIT:Twtter @ant33ater , FB Saiful Nizam via ohmymedi4

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komentar yang telah diberikan oleh pembaca kami. Kerana ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami.

Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komentar anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*