Akhirnya Rider OKU Ini Trpaksa Dedah Apa Yang Arwh Siti Sarah Prnah Buat. Selepas Lima Tahun Slmpan Rahsia?

Berita sedih mengenai pemergian penyanyi, Siti Sarah ternyata dirasai oleh seluruh rakyat Malaysia tidak kira golongan artis, sahabat baik mahupun para peminat.

Rata-rata yang mengenali Siti Sarah secara dekat telah memuat naik posting sebak sebaik sahaja mengetahui penyanyi tersebut sudah meningmgal dunia.

Di Instagram mahupun facebook, individu yang pernah mengenali Siti Sarah secara dekat mula membuka mulut dan menceritakan kebaikan yang pernah dilakukan olehnya selama ini.

Lima Tahun Simpan

“Allahyarhamah Siti Sarah Raisuddin minta saya rahsiakan pemberiannya dan tidak mahu ia dihebohkan di laman sosial.”

Itu permintaan penyanyi terkenal tersebut terhadap seorang penghantar barang orang kelainan upaya (OKU), Mohd Hafiz Abdullah, 32, kira-kira lima tahun lalu lalu.

Cerita Mohd Hafiz, Allahyarhamah memberikan b.antuan barangan keperluan kepada 15 penerima terpilih di Temerloh, Mentakab dan Jengka.

“Ikutkan Allahyarhamah nak bagi lebih tapi saya cakap cukup kerana dengan kekangan yang ada, cukuplah untuk beri kepada 15 penerima sahaja.

“Saya sebenarnya amat terkejut ketika dihubungi Allahyarhamah Siti Sarah ketika itu kerana tidak menyangka beliau menghubungi saya,” katanya pada Khamis.

Ujarnya, pada masa itu dia tular kerana menawarkan perkhidmatan sebagai penghantar barang dalam keadaan kek.urangan fizikal, k.udung tangan kiri akibat kema.langan jalan raya pada usia 20 tahun.

Mohd Hafiz yang k.udung tangan kiri sejak berusia 20 tahun gigih mencari rezeki dengan khidmatnya sebagai penghantar barang.

“Sudah lama saya rahsiakan perkara ini kerana menghormati permintaan beliau dan bila berita pemergiannya akibat ja.ngkitan C0vid 19 Isnin lalu, ia memang memberikan kesan selain saya berasa amat se.dih dengan kehila.ngannya,” luahnya.

Allahyarhamah Siti Sarah kata Mohd Hafiz, juga menawarkan motosikal baharu kepadanya ketika itu namun dia menolak tawaran tersebut.

Terima kasih kerana sudi membaca!

SUMBER/Kredit: sinarharianj via onlinemalaya

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komentar yang telah diberikan oleh pembaca kami. Kerana ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami.

Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komentar anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*