Selepas 2Jam Mengadap Ag0ng, Anwar Ibrahim Dedah Keputusan Yang Paling Rakyat Nantikan??

”Nampak ada satu persefahaman konsensus untuk hentikan poIitik lama…”

Itu kata-kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mengulas mengenai pertemuan antara ketua-ketua parti poIitik dengan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara, pada petang Selasa.

Perlu hentikan poIitik lama yang melelahkan dan membosankan

Menurutnya, semua parti bersetuju untuk bekerjasama dan memulakan poIitik baharu.

Anwar berkata, keputusan itu dibuat secara konsensus selepas mengadakan pertemuan selama dua jam dengan Al-Sultan Abdullah.

Pertemuan tersebut turut disertai oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah selaku Timbalan Yang di-Pertuan Agong.

”Yang di-Pertuan Agong memulakan titah dengan kata-kata nasihat dan peringatan bahawa negara dalam kemeIvt poIitik dan harus bersatu hadapi CVID-l9.

”Tetapi baginda beritahu tentang lunas Perlembagaan iaitu mencari calon ahli Parlimen yang dapat sokongan majoriti, namun bentuk poIitik harus berubah.

”Maknanya, yang menang jangan jadi seperti pernah berlaku ‘memakan’ yang kalah.

”Semua parti dengan semangat baru, muafakat baru bekerjasama untuk menangai CVID-l9.

”Tiap ketua parti diminta menyampaikan pandangan, semuanya nampak ada satu persefahaman konsensus untuk hentikan poIitik lama yang melelahkan dan membosankan,” ujarnya kepada media selepas selesai menghadap sebentar tadi.

Tambah Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson, selain isu pelantikan calon Perdana Menteri baharu, Al-Sultan Abdullah dan timbalannya menekankan agar menggagaskan satu bentuk poIitik baru yang lebih aman dan damai untuk rakyat.

Anwar yang disertai Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu terdahulu dilihat keluar daripada pintu dua Istana Negara pukul 4 petang selepas dua jam menghadap Agong.

BN sepakat pilih Ismail Sabri

Malam tadi, mesyuarat di antara Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) malam ini sebulat suara mencalonkan Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon Perdana Menteri baharu.

Perkara itu telah disahkan oleh Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman selepas selesai Mesyuarat Ahli Parlimen BN di Menara Dato Onn sebentar tadi.

Menurut beliau, nama Naib Presiden UMNO itu telah dipersetujui oleh semua 42 Ahli Parlimen BN untuk dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong, sebelum pukul 4 petang esok.

Difahamkan, Ismail Sabri sudah mendapat jumlah sokongan melebihi majoriti mudah 111 Ahli Parlimen yang diperlukan untuk membentuk kerajaan baharu.

Serah nama selewatnya pukul 4 petang ini

Dalam pada itu, Perdana Menteri yang baharu dijangka dipilih dalam masa terdekat apabila semua 220 Ahli Parlimen diarahkan supaya mengemukakan surat akuan calon pilihan mereka kepada Yang di-Per­tuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin al-Mustafa Billah Shah hari ini.

Yang di-Pertua Dewan Rak­yat, Datuk Azhar Azizan Harun berkata, surat akuan itu perlu diserahkan kepada Istana Negara selewat-lewat pukul 4 petang.

” Adalah dimaklumkan baha­wa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di dalam me­laksanakan budi bicara Baginda Tuanku di bawah Perkara 43(2)(a)

Perlembagaan Persekutuan perlu melantik seorang Ahli Dewan Rakyat yang di dalam hemat Baginda Tuanku mungkin mempunyai kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat sebagai Perdana Menteri Malaysia.

” Pada melaksanakan titah pe­rintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, saya dengan ini memberi notis kepada Yang Berhormat supaya men­yerahkan satu surat akuan yang menyatakan dengan terang dan jelas seorang Ahli Dewan Rakyat yang diberikan kepercayaan oleh Yang Berhormat untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia Yang Ke-9,” kata Azhar.

Terima kasih kerana sudi membaca!

Sumber/kredit:limauais

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komentar yang telah diberikan oleh pembaca kami. Kerana ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami.

Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komentar anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*