Demi rakyat, DS Najib Razak kongsi keuntungan Bank dan kata semua mampu Ianjut moratarium hingga Jun 2021

KUALA LUMPUR- Tidak mudah berputus asa, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terus memperjuqngkan lanjutan moratarium pinjaman bank.

Malah beliau menyatakan keyakinan bahawa semua bank dalam Malaysia mampu melanjutkan moratorium pinjaman secara pukal dan secara automatik sehingga 30 Jun 2021.

Beliau mendedahkan sepanjang pentadbiran Barisan Nasional (BN) bagi tempoh 10 tahun lalu, bank-bank di Malaysia diberi ruang bukan sahaja meningkatkan keuntungan, malah turut mengukuh serta memiliki daya ketahanan kewangan semakin tinggi setiap tahun.

“Laporan-laporan media terkini yang saya lampirkan di sini memetik penganalisis kewangan dan Bank Negara masih penuh yakin bahawa bank-bank akan terus mencatat keuntungan biarpun negara masih dalam krisis Cooviid biarpun mereka memberi moratorium pinjaman selama enam bulan.

“Bagi suku kedua tahun 2020 (dari Mei ke Jun), semua bank dalam Malaysia kekal mencatat keuntungan walaupun ia dalam tempoh tiga bulan paling sukar di mana bank diarahkan untuk memberi moratorium pinjaman serta operasi bank terganggu akibat tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang paling ketat,” catatnya di Facebook.

Najib menyenaraikan keuntungan semua bank yakni Maybank RM942 juta (suku sama tahun lepas: RM1.94b); CIMB RM277 juta (RM1.51b); RHB Bank RM400 juta (RM615 juta);Public Bank RM1 bilion (RM1.33b); Alliance Bank RM104 juta (RM77 juta)

Manakala, Hong Leong Bank RM525 juta (RM469 juta); Ambank RM365 juta (RM391 juta); Affin Bank RM67 juta (RM156 juta) dan Bank Islam RM153 juta (RM195 juta).

“Sebab itu, saya yakin bahawa semua bank dalam Malaysia mampu melanjutkan moratorium pinjaman secara pukal dan secara automatik sehingga 30 Jun 2021.

“Ia juga dapat membantu mengurangkan beban kewangan peminjam selain memberi ruang untuk mereka menggunakan wang dalam tangan bagi perbelanjaan harian.

“Namun, peminjam yang mampu membayar sila terus membayar ansuran pinjaman,” ujarnya.

Pengeluaran KWSP RM10,000 ‘one-off’ dan moratorium dilanjutkan – Najib

Kuala Lumpur: Barisan Nasional (BN) menyatakan sokongan bersyarat terhadap Belanjawan 2021 dengan menuntut kerajaan membenarkan pengeluaran ‘one-off’ hingga RM10,000 daripada Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) selain melanjutkan moratorium.

Ketika menyatakan perkara itu, Datuk Seri Najib Razak (BN-Pekan) yang juga Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC), turut berpandangan pindaan terhadap Rang Undang-Undang Perbekalan 2021 wajar dilakukan, mengambil kira situasi luar biasa dihadapi negara ketika ini susulan pandemik Cooviid-19.

“Bajet ini dibuat dalam keadaan luar biasa, kalau kita nak pinda pun bajet ini, ia wajar dilakukan sebab ini keadaan luar biasa dan tambahan lagi dalam hal ini, pendirian BN seperti mana disuarakan oleh (Ahli Parlimen) Bagan Datuk (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) bahawa kita nak pengeluaran KWSP sebanyak RM10,000 secara ‘one-off’ dan moratorium dilanjutkan hingga 30 Jun 2021 diluluskan oleh kerajaan.

“Sokongan saya dan rakan-rakan terhadap bajet ini tertakluk kepada kelulusan kedua-dua ini, jadi sokongan kita (BN) pada bajet ini sokongan bersyarat,” katanya ketika membahaskan rang undang-undang itu di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab celahan Datuk Seri Ahmad Maslan (BN-Pontian) mengenai kemungkinan Rang Undang-Undang Perbekalan kali ini dipinda kerana sepanjang pengalamannya sebagai ahli Parlimen, perkara itu tidak pernah berlaku.

Pada awal perbahasan, suasana hangat seketika apabila RSN Rayer (PH-Jelutong) mempersoalkan tempoh 90 minit yang diberikan kepada Najib dan memulakan perbahasan bagi pihak penyokong kerajaan sedangkan Datuk Seri Shahidan Kassim (BN-Arau) adalah Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PNBBC) yang seharusnya memulakan perbahasan rang undang-undang itu untuk blok kerajaan.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun bagaimanapun menjelaskan Najib dipilih sebagai pembahas utama blok kerajaan, oleh itu beliau diberikan 90 minit sebagaimana tempoh berbahas bagi Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam.

Meneruskan perbahasan, Najib berkata, berdasarkan harapan rakyat, Belanjawan 2021 perlu dibuat penambahbaikan supaya penerimaan rakyat menjadi lebih mantap dan menyeluruh.

Najib berkata, langkah pengeluaran secara ‘one-off’ KWSP diperlukan untuk menaikkan kitaran wang dalam ekonomi pada masa perbelanjaan kerajaan adalah terhad, serta boleh digunakan rakyat sebagai penyelesaian tunggakan hutang, selain menjadi modal asas memulakan perniagaan kecil terutama bagi mereka yang kehilangan pekerjaan.

“Tanggungjawab kerajaan bukan untuk menafikan pencarum daripada mengakses wang milik mereka sendiri pada masa mereka paling terdesak. Fokus kerajaan pula ialah mencari jalan untuk memulih dan memastikan pencarum dengan baki simpanan yang rendah dapat menambah simpanan mereka dengan kadar paling cepat,” katanya.

Najib berkata, perkara itu boleh dilakukan menerusi tiga cara, iaitu membantu KWSP meraih pendapatan yang lebih dengan memberi projek lumayan kepada KWSP; menaikkan semula kadar caruman bulanan majikan dan pencarum; serta mengubah struktur pembayaran dividen kepada struktur berperingkat.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, cadangan lanjutan moratorium selama enam bulan lagi perlu dipanjangkan kepada semua peminjam, termasuk pinjaman Amanah Ikhtiar Malaysia dan Tekun selain Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) bagi penjawat awam.

Dalam pada itu, Najib mengingatkan kerajaan supaya tidak meneruskan perkara tidak disenangi rakyat termasuk peruntukan bagi agensi Jabatan Hal Ehwal khas (Jasa) yang boleh dibelanjakan untuk pembelian pelitup muka, cecair pencuci tangan kepada rakyat atau diberi kepada ibu bapa bagi menggantikan bekalan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) untuk murid-murid yang dinafikan sarapan pagi kerana sekolah ditutup.

Selain itu, Najib turut mencadangkan kerajaan melaksanakan Rancangan Pandang ke Borneo sebagai pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi seluruh negara untuk jangka masa sederhana dan panjang.

Beliau berkata, Sabah dan Sarawak mempunyai sumber kekayaan semula jadi yang amat besar dan lokasi yang strategik kerana berada lebih dekat dengan negara-negara yang pesat membangun di Asia Timur berbanding Semenanjung Malaysia.

“Secara asasnya, negeri yang kurang membangun akan mengalami pertumbuhan dengan lebih pesat jika diberi perhatian dan pelaburan yang sewajarnya. Adalah tidak masuk akal jika kita menggalakkan syarikat-syarikat dari Malaysia untuk melabur di luar negara tanpa memberi peluang mereka melabur di Sabah dan Sarawak yang penuh dengan potensi,” katanya.

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih!

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*