Ustaz AbuSyafiq Dakwa Dirinya Teruk Diftnah Team EbitLew? Terkini, Dia Mahu Ambil Tndakan Undang Undang

Masih belum reda kontroversi yang membabitkan tiga figura terkenal Malaysia iaitu pendakwah terkenal EbitLew, aktivis Gaza, Nadir Al Nuri dan penyanyi rap Caprice, kini timbul pula isu hangat melibatkan pendakwah bebas Ustaz AbuSyafiq.

Baru-baru ini, Ustaz AbuSyafiq Al-Asy’ary mendakwa bahawa dirinya telah diftnah oleh beberapa ahli pasukan Ustaz EbitLew.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik, dia membuat pendedahan dan menegaskan akan membuat laporan polis serta mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap isu tersebut.

“Saya diftnah teruk dan akan buat report polis”

“Saya telah diftnah teruk dengan ftnah yang tidak benar oleh beberapa orang daripada team ustaz Ebit Lew sendiri, tetapi bukan Ustaz Ebit Lew.

“Saya tidak mahu menyebut nama, tetapi saya akan buat report polis dan tindakan undang-undang sekiranya hal ini tidak dapat diselesaikan dengan cara baik,” jelasnya.

Menurutnya lagi, antara ftnah yang dilontarkan kepadanya adalah dia dikatakan telah menghina kerja amal dan mengkaflrkan Ebit Lew. Baginya, tuduhan berkenaan sangat berat sehingga mencalarkan imejnya sebagai seorang pendakwah.

“Saya sokong semua kerja amal Ebit Lew”

“Saya mengkaji dan melihat, rupa-rupanya dalam team ustaz Ebit Lew itu ada beberapa orang yang telah menyebarkan ftnah itu terhadap saya, bukan Ustaz Ebit Lew.

“Kerja amalnya saya sokong dan kerja-kerja dakwahnya saya tidak ada masaIah kerana beliau tidak membawa mana-mana ajaran yang menyimpang serta memperjuangkan Ahli Sunnah Wal Jamaah,” ujarnya lagi.

Dedahnya lagi, dia telah pun menegur ahli pasukan Ebit Lew yang memftnah dirinya namun individu tersebut tidak mahu memohon maaf.

“Salah seorang daripada teamnya akui telah memftnah saya. Tetapi dia tidak mahu memohon maaf.

“Apabila dia memftnah dan melaga-lagakan saya tanpa saya berjumpa dengan Ustaz Ebit Lew, tiba-tiba melagakan saya. Bagaimana setelah dia memfitnah saya, dia tidak mahu memohon maaf,” luahnya.

Dalam hantaran lain, Abu Syafiq turut meminta agar Ebit Lew menjawab segala persoalan yang diajukan berkenaan ahli pasukan yang memftnah dirinya dan meluahkan rasa sedih kerana isu tersebut tidak dipedulikan langsung.

Selain itu, Abu Syafiq turut menegaskan bahawa tujuannya membuat pendedahan itu bukan kerana publisiti tetapi hanya mahukan kemaafan daripada individu yang terlibat.

Malah, dia turut mendkwa individu tersebut cuba melaga-lagakan dirinya dengan Ebit Lew dan memburukkan lagi suasana.

Pada masa yang sama, Abu Syafiq turut memaklumkan hasratnya ingin membuat laporan polis juga mahu pihak PDRM untuk melakukan siasatan terhadap salah seorang daripada anggota kumpulan yang dikatakan cukup rapat dengan Ebit Lew.

Tonton video penuh:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ustaz Abu Syafiq (@ustazabusyafiq)

SUMBER/KREDIT: IG Ustaz Abu Syafiq

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komentar yang telah diberikan oleh pembaca kami. Kerana ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami.

Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komentar anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*