Pelakon Lelaki TerkenalMengamuk, TendangMuka & Dada’Pak guard’, Direman 3hari

Seorang pelakon lelaki terkenal tanah air dilaporkan ditahan reman 3 hari bermula Sabtu hingga Isnin bagi membantu siasatan kes seorang pengawal keselamatan yang dipukul di sebuah kondominium.

Kejadian yang berlaku di salah sebuah kondominium di ibu kota pada Khamis lalu, dipercayai gara-gara salah faham yang tercetus.

Mangsa minta tolong rakan beli minyak masak, tapi guard tak bagi masuk…

Menurut Sinar Harian, Senior Asisten Komisioner Habibi Majinji selaku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Kuala Lumpur berkata, pelakon lelaki berusia 30-an berkenaan yang juga penghuni di kondominium sama disyaki menumbuk dan menendang mangsa dalam kejadian pada jam 8.30 malam itu.

“Ketika kejadian mangsa dilaporkan meminta tolong rakannya untuk membeli minyak masak di luar kawasan kediaman berkenaan.

“Semasa rakan mangsa hendak menghantar minyak masak berkenaan, dia tidak dibenarkan masuk oleh pengawal kondominium itu.”

Tendang, cekik & ugut bunuh

Tambah Habibi, mangsa kemudian turun ke kawasan lif lobi kondominium berkenaan setelah dihubungi oleh rakannya itu.

Mangsa turut mendakwa telah ditumbuk, ditendang di bahagian muka, dada, perut dan belakang badan selain dicekik serta diugut bunuh oleh pelakon berkenaan.

“Dipercayai berlaku pertengkaran mulut antara mangsa dan pengawal itu, sebelum artis lelaki berkenaan tiba-tiba datang dan menumbuk serta menendang mangsa.”

“Mangsa kemudian membuat laporan polis dan Bahagian Siasatan Jenayah, Polis Daerah Sentul, memberkas suspek di kediaman sama pada malam Jumaat.”¬†

Sumber/Kredit: SinarHarian via Redaksi

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komentar yang telah diberikan oleh pembaca kami. Kerana ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami.

Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komentar anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*