Waktu Live, IsmailSabri Akhirnya Jawab TntangPengeluaran ICitra KaliTerakhir

Kuala Lumpur – lsu pengeluaran kali terakhir wang dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja KWSP i-Citra RM 10,000 akan dibincangkan antara Perdana M.enteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dengan M.enteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz untuk diperhalusi.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, perkara itu dinyatakan Perdana M.enteri kepada beliau dalam perbincangan mereka selepas Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO.

Katanya, dalam perbincangan itu, beliau memberi penjelasan kepada Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO bahawa ramai berada dalam keadaan susah dan terdesak pasca Perintah Kawalan Pergerakan PKP untuk memulakan kehidupan ak.ibat dibuang kerja, pemotongan gaji, cuti tanpa gaji serta hilang punca pendapatan sejak awal tahun lagi.

Dengan pelbagai komitmen dan hutang yang tertunggak, katanya, rata-rata sangat memerlukan pengeluaran buat kali terakhir untuk kelangsungan hidup, bahkan ada yang mahu memulakan perniagaan kecil-kecilan.

Ini Jawapan Ismail Sabri

Kerajaan tidak bercadang untuk membenarkan pengeluaran i-Citra RM 10,000 buat kali kedua walaupun terdapat desakan p.olitik selepas rakyat menghadapi b.encana b.anjir yang mel.anda negara baru-baru ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, alasan hendak membuka perniagaan a.kibat b.anjir tidak boleh diterima kerana pelbagai kemudahan kewangan telah diberikan kerajaan.

“Untuk i-citra itu saya rasa Menteri Kewangan sudah menjawab beberapa kali dan saya pun sudah jawab beberapa kali.

“Kemudahan lain diberikan, kalau alasan hendak buka perniagaan baru kerana terjejas dengan banjir, Tekun menawarkan RM 10,000 pinjaman mudah tanpa faedah dan moratorium selama setahun.

“Begitu juga untuk membeli barang keperluan rumah asas, kerajaan akan beri dan mungkin akan ada tambahan lain.

“Bank Simpanan Nasional akan memberikan pinjaman peribadi untuk membeli barangan tersebut dengan kadar faedah kosong peratus dan moratorium selama enam bulan,” katanya dalam sidang media di Masjid Al-Muttaqin, Hulu Langat.

Ismail Sabri sebelum itu turun ke Hulu Langat bagi melihat sendiri kesan b.anjir di kawasan itu dengan ditemani M.enteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim, Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani dan Panglima Angkatan T.entera, Tan Sri Affendi Buang.

Menurut beliau lagi, wang caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja KWSP adalah untuk kegunaan hari tua selepas tidak bekerja lagi.

Katanya selepas memberi dua kali pengecualian pengeluarkan wang KWSP, sebanyak 20 peratus Melayu dan Bumiputera hanya berbaki RM 1,000 dalam KWSP.

“Jadi dengan RM 1,000 golongan ini automatik akan jadi m.iskin tegar, itu yang saya risau sebab 95 peratus daripada jumlah ini adalah Melayu dan Bumiputera,” jelas beliau.

Kerajaan telah memperkenalkan kemudahan pengeluaran i-Citra dalam Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi PEMULIH, yang membenarkan ahli KWSP untuk membuat pengeluaran sehingga RM 5,000 dengan kadar bayaran tetap RM 1,000 sebulan untuk tempoh lima bulan.

Setakat 7 Disember 2021, pengeluaran kumulatif i-Citra yang telah diluluskan adalah sebanyak RM 21.5 b.ilion yang melibatkan 5.21 j.uta pemohon.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM 21.3 b.ilion telahpun berjaya dikreditkan kepada ahli.

Sumber/Kredit: MG via onlinemalaya

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komentar yang telah diberikan oleh pembaca kami. Kerana ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami.

Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komentar anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*