
Baru-baru ini, seorang individu berkongsikan beberapa gambar anggota bomba menyelamatkan seekor kucing putih dari atas pokok kelapa.
Pasti ramai pernah terfikir mengapa kucing memanjat pokok jika mereka tidak pandai untuk turun. Terdapat banyak sebab kucing memanjat pokok, tetapi alasan utamanya berkaitan dengan sifat pemangsa kucing.
Sebagai haiwan pemangsa, kucing suka memerhatikan persekitaran. Mereka tahu bahawa dari sudut pandangan yang lebih tinggi, mereka akan memperolehi pandangan yang lebih baik. Ini membolehkan mereka mengesan bahaya dan mangsa.
Tingginya dia pergi 😂😂
Terima kasih Bomba. pic.twitter.com/e1a5mgccHu
— MakCikKiahhh (@MakCikKiahhh) May 17, 2020
Walaupun dalam banyak keadaan kucing boleh turun dari pokok sendiri dengan melompat ke tanah, jika mereka naik terlalu tinggi mereka mungkin tidak dapat melompat dan tidak boleh menggunakan kuku mereka yang melengkuk ke dalam untuk berpaut pada pokok ketika turun.
Oleh itulah kadang kala kucing terpaksa diselamatkan oleh anggota bomba dari pokok-pokok yang tinggi seperti pokok kelapa.
Namun apa yang mencuri perhatian tentang perkongsian gambar bomba menyelamatkan kucing itu adalah susunan gambar oleh pengguna Twitter tersebut yang tunggang langgang, menyebabkan ia kelihatan seperti anggota bomba yang meletakkan kucing itu di atas pokok.
“nampak macam bomba yg letak situ…”
Mohon susun ikut turutan, nampak macam bomba yg letak situ 😅 https://t.co/pv82RGRf6N
— arifidzham #StayAtHome🇲🇾 (@idz_arif) May 20, 2020
susun gambar elok elok la aku tgk mcm bomba pergi letak kucing tu atas pokok pulak https://t.co/14o1LzVkiA
— danial (@danialshazimi) May 21, 2020
Perkongsian tersebut membuat ramai yang keliru, terhibur dan kasihan dengan kucing itu semua gara-gara susunan gambar yang berterabur.
PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komentar yang telah diberikan oleh pembaca kami. Kerana ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami.
Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komentar anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Terima kasih
Leave a Reply