Kes Ramai2 Belasah Lelaki Tepi Jalan, Geng Akak ‘Sanggul Tinggi’ Masuk L0kap Tiga Hari?

Ingat lagi video pergaduhan akak ‘sanggul’ semalam? Terbaru, seramai tujuh suspek yang terbabit dalam kejadian di Pasir Tumboh, Kota Bharu itu direman tiga hari mulai hari ini.

Menurut laporan Utusan Online, empat suspek lelaki dan tiga suspek wanita yang berusia antara 19 hingga 46 tahun itu ditahan reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 147 Kanun Ke­seksaan kerana merusuh.

Memetik laporan Sinar Harian pula, lima daripada mereka termasuk tiga wanita positif dadah selepas melakukan saringan air kencing.

Sebelum ini, rakaman video berdurasi lebih tiga minit itu tular di media sosial memaparkan seorang buruh lelaki berusia 30 tahun dibelasah beramai-­ramai oleh kumpulan suspek yang menaiki kereta Perodua Alza.

Difahamkan, punca kejadian dipercayai berlaku ketika mangsa sedang berjalan kaki pulang dari tempat kerja sebelum dihampiri kereta itu yang turut membunyikan hon.

Bagaimanapun, berlaku pertengkaran dan ejek-mengejek sekali gus membuatkan mangsa hilang sabar dan menendang Perodua Alza tersebut sebelum dipukul beramai-ramai di tepi jalan.

Mangsa

Malah, rata-rata warganet lebih memberikan perhatian kepada penampilan salah seorang suspek wanita yang bertudung sanggul tinggi namun aksinya seperti seorang samseng kerana turut menendang mangsa.

Sumber/Kredit: ohmymediacc

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komentar yang telah diberikan oleh pembaca kami. Kerana ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami.

Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komentar anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*