Pengarah Jabatan SiasatanJenayah Tampil Dedahkan Apa Sebenarnya Terjadi Dekat Rumah UstazEbit

Kuala Lumpur: “Saya maafkan sesiapa saja dengan apa yang terjadi tentang fi.tnah gang.guan s.eksual. Orang di luar sana mungkin boleh nilai sendiri,” kata pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew.

Semalam Ebit, 36, dipanggil polis untuk dirakam keterangan berhubung penyebaran video gang.guan s.eksual yang dikaitkan dengan dirinya seperti tular di media sosial baru-baru ini.

Menurutnya, kej.adian terbabit tidak mem.atahkan semangatnya untuk terus menyumbang khidmat bakti kepada masyarakat sehingga akhir hayatnya

“Alhamdulillah syukur, Allah SWT menentukan segala-galanya. Saya percaya hidup ini hanya satu tujuan untuk Allah sayang. Saya dipanggil bagi membantu s.iasatan atas tuduhan gosip di luar sana. Saya serahkan kepada polis sepenuhnya,” katanya ketika ditemui media di luar pekarangan Bukit Aman di sini, sebaik Ebit selesai memberi keterangan pada 2 petang.

Sementara itu, peguam Ebit, Datuk Hasnal Rezua Merican berkata, beliau dan anak guamnya memberikan kerjasama sepanjang proses rakaman keterangan yang berjalan selama lebih satu jam.

Beliau berkata, pihaknya sudah menjawab segala persoalan bagi membantu siasatan berkenaan.

“Polis ada menyatakan beberapa s.eksyen untuk s.iasatan k.es berkenaan namun pihak polis belum memberikan s.eksyen sewajarnya untuk s.iasatan k.es ini. Setakat ini, polis memaklumkan tiada keperluan untuk memanggil semula anak guam saya,” katanya.

Terdahulu, tular di media sosial mengenai video l.ucah yang menunjukkan lelaki mirip pendakwah itu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Seri Abd Jalil Hassan mengesahkan polis sudah merakam keterangan Ebit atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim Lew bagi membantu si.asatan berhubung k.es gangg.uan s.eksual.

Beliau berkata, siasatan dilakukan mengikut S.eksyen 509 K.anun Kes.eksaan, S.eksyen 14 A.kta Kes.alahan-Kesa.lahan Kecil 1955 serta Seksyen 23 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Si.asatan akan diteruskan sehingga pihak polis berpuas hati untuk merujuk kes ini kepada Jabatan Peguam Negara bagi mendapat nasihat dan arahan lanjut. Polis memohon kepada semua pihak untuk tidak membuat sebarang s.pekulasi dan pr.ovokasi bagi memastikan k.es ini dapat disiasat dengan telus,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau juga menasihati orang ramai untuk tidak membuat penyebaran apa juga bahan yang boleh menjejaskan s.iasatan pihak polis.

Hanya pemeriksaan biasa di rumah Ebit Lew

Polis Diraja Malaysia (PDRM) hanya melakukan pemeriksaan biasa di kediaman pendakwah, Ebit Lew di Setia Alam semalam bagi membantu s.iasatan berhubung k.es gang.guan s.eksual membabitkan pendakwah itu.

Pengarah Jabatan S.iasatan J.enayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, pemeriksaan untuk mendapatkan bahan bukti merupakan antara prosedur yang perlu dilakukan pihak polis dalam melengkapkan kertas siasatan.

“Kita hanya melakukan pemeriksaan yang biasa dilakukan dan ia bertujuan untuk melengkapkan s.iasatan,” katanya ringkas ketika dihubungi di sini hari ini.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut sekiranya terdapat barangan yang dir.ampas ketika pemeriksaan di kediaman pendakwah terbabit dilakukan.

Semalam dilaporkan, polis melakukan pemeriksaan bagi mencari bahan bukti di rumah pendakwah terkenal, Ebit Lew di Setia Alam, dekat sini.

Ia susulan tiga buah kenderaan disyaki milik PDRM dilihat memasuki kawasan berkenaan kira-kira pukul 4.15 petang.

Selang beberapa minit kemudian, kelihatan sebuah kenderaan pacuan empat roda berwarna hitam yang mempunyai logo badan kebajikan pendakwah terbabit turut memasuki kawasan perumahan itu.

Terima kasih kerana sudi membaca!

SUMBER/KREDIT: HM/Kosmo via online malaya

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komentar yang telah diberikan oleh pembaca kami. Kerana ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami.

Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komentar anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*