Ibu Tunggal Anak Seorang Kelahiran Kelantan Pilihan Hati Caprice?

PETALING JAYA – Biarpun perkahwinan mereka berlangsung secara tertutup tanpa hebahan rasmi, namun tiada lagi rahsia apabila wanita yang menjadi suri hati penyanyi hip-hop, Caprice hari ini merupakan seorang ibu tunggal anak satu berusia 26 tahun.

Wanita berkenaan, Farra Inalis Hussni atau lebih selesa membahasakan dirinya, Elis itu berasal dari Kota Bharu, Kelantan namun menetap di ibu negara.

Elis yang juga usahawan dan mempunyai ramai pengikut di laman sosial mempunyai seorang cahaya mata perempuan yang berusia sekitar tujuh tahun.

Menerusi Instagram, Elis sebelum ini pernah membuat pendedahan sudah enam tahun bergelar ibu tunggal.

Terdahulu, gambar Caprice menyarung cincin ke jari manis pengantin perempuan dikongsi beberapa rakan terdekat menerusi Instagram Story, petang semalam.

Usaha mendapatkan Caprice untuk mendapatkan maklumat lanjut belum berhasil. Pengurusnya Aiman Munier ketika dihubungi meminta pihak media mendapatkan sendiri kesahihan berita tersebut daripada tuan punya badan (Caprice).

Bagaimanapun, Aiman yang kini berada di Langkawi mengakui dikhabarkan mengenai hajat Caprice tiga hari lalu.

“Apa yang saya tahu, sepatutnya pernikahan dilangsungkan di sebuah masjid di Kuala Lumpur, tetapi berdasarkan gambar itu lokasi mungkin ditukar pada saat akhir.

“Saya sendiri dapat gambar mereka (nikah) daripada Azira Shafinaz, bukan Caprice, sebelum berkongsi di Instagram saya.

“Apa yang boleh saya maklumkan, saya pernah bertemu Elis dan dari situ yakin dia mampu menjadi isteri yang baik serta dapat menjaga Caprice dengan sempurna.

“Soal pernikahan mereka, biarlah Caprice sendiri jawab. Setahu saya mereka tdak bertunang, mungkin hantar tanda dalam majlis merisik sebelum ini,” katanya kepada Kosmo! Online.

Ditanya sama ada pasangan terbabit sudah lama berkenalan, kata Aiman hubungan mereka tidak terlalu lama atau baharu.

“Saya cuma boleh katakan mereka kenal tk lama, tak terlalu baharu. Tapi mereka memang serasi,” jawabnya yang turut menyatakan tdak berpeluang bertemu penyanyi itu lagi sejak dia pulang dari Jordan.

Difahamkan, Caprice dan Elis hanya mengambil masa tdak sampai setahun untuk mengenali hati budi sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin.

SUMBER/KREDIT : K ONLINE

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komentar yang telah diberikan oleh pembaca kami. Kerana ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami.

Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komentar anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*