Ibu Tunggal M40 Tergelincir B40, Sanggup ‘Tolak’ Ubat Demi Sara Hidup 5 Anak

Golongan berpendapatan pertengahan (M40) juga perlu diberikan keutamaan kerana terkesan akibat penangan Covld19. Realitinya sudah ramai daripada mereka yang ‘tergelincir’ dalam kategori golongan berpendapatan rendah (B40), susulan kehilangan kerja atau syarikat perniagaan terpaksa gulung tikar.

Ibu tunggal 5 anak dulu bekerjaya…tapi kini dah tergelincir golongan B40

Itulah dugaan yang menimpa seorang ibu tunggal lima anak ini apabila kehilangan kerja sebagai penganalisis di sebuah syarikat cari gali sejak 8 bulan lalu. Ibarat jatuh ditimpa tangga, kehidupan Siti Suzanne Anton terus berubah. Cuma berbekalkan bantuan zakat RM500, dia perlu teruskan hidup juga meskipun tidak mendapat bantuan seperti golongan B40 kerana masih dikategorikan sebagai M40.

Utamakan makan minum anak-anak daripada ubat sendiri

Paling sebak, dia juga sanggup mengutamakan wang perbelanjaan demi makan minum anak-anak daripada ubat-ubatan bagi merawat masalah jantungnya. Difahamkan anak sulungnya ketika ini menjadi pelatih intern di sebuah syarikat, sementara 4 lagi anaknya mengikuti PdPR kerana masih bersekolah.

Sudah lebih 8 kali mohon kerja…tapi belum ada rezeki lagi

Biarpun umurnya sudah mencecah 45 tahun, Siti Suzanne tetap kuat berusaha demi anak-anak. Namun begitu, dia tetap akui proses mencari kerja sewaktu seluruh negara sedang melaksanakan PKP memang sukar. Malah dia juga redha rezeki belum tiba lagi memandangkan sudah lebih 8 kali permohonan kerjanya tidak berhasil.

Sumber: Astro Awani

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komentar yang telah diberikan oleh pembaca kami. Kerana ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami.

Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komentar anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*