Kalau Kenal Sekalipun ‘Pelawak Tu’, Ingat Zizan Nak Ke Buka Mulut Tentang Siapa Dia?

Ada yang mesej saya secara peribadi tanya siapa (pelawak) yang terlibat, tetapi saya memang tidak tahu.”

Pelakon dan pelawak Zizan Razak mengakui dihubungi pelbagai pihak berikutan isu panas membabitkan pelawak terkait kes pemerdagangan manusia.

Memetik laporan Utusan, Zizan bagaimapun enggan mendedahkan identiti pelawak terbabit sekiranya mengenali tuan empunya diri bagi menutup aibnya.

“Saya pun terkejut dengan apa yang dilaporkan dan malam baru saya semak mesej serta Google berkenaan isu tersebut. Saya pun tanya orang dan orang lain pula tanya pada saya.

“Pada saya, kalau saya tahu pun saya lebih memilih untuk menutup aib. Jadi, pada saya, sesiapa sahaja yang berada di tempat itu, pandai-pandailah selesaikan masalah itu,” katanya dipetik daripada Utusan Malaysia.

Zizan dalam masa sama mendoakan yang baik-baik buat rakan-rakannya dalam industri sama.

Takkan Zizan tak kenal, mesti ada dengar desas-desus dalam kalangan rakan artis kan?

SUMBER/KREDIT:cariforum

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komentar yang telah diberikan oleh pembaca kami. Kerana ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami.

Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komentar anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*