‘Ini Adalah Keputusan Yang Memalukan, Pingat Emas dan Rekod Dunia Yang Dicuri’ – Khairy Jamaluddin

Bekas menteri belia dan sukan Khairy Jamaluddin mengec4m keputusan membataIkan kemenangan lontar peluru Muhammad Ziyad Zolkefli atas sebab teknikal selepas atlet paralimpik itu meraih rekod dunia dalam acara berkenaan di Tokyo.

Mengulas pengumuman keputusan rasmi Sukan Paralimpik itu, Khairy menyifatkan keputusan berkenaan sebagai “memalukan” dan bertentangan dengan semangat temasya sukan berkenaan.

“Ini keputusan memalukan yang terang-terangan bertentangan dengan semangat Paralimpik,” katanya dalam hantaran di Twitter.

“Jika setakat pelanggaran ‘call room’ sepatutnya mereka tidak dibenarkan bertanding dari awal lagi. Jahat dan remeh. Pingat emas dan rekod dunia yang dicuri,” katanya yang kini menyandang jawatan Menteri Kesihatan.

Astro Arena melaporkan pembatalan Ziyad itu susulan protes daripada atlet Ukrain selepas acara itu selesai, bahawa beliau antara tiga individu yang lambat memasuki ‘call room’ sebelum acara bermula.

Atlet Ukraine itu, Maksym Koval kemudian diberikan pingat emas.

Pasukan Malaysia telah merayu terhadap keputusan itu yang sedang dibincangkan pihak berkuasa temasya itu. Keputusan dijangka diperoleh lewat malam ini, kata Astro Arena.

Warganet turut menyuarakan kekeliruan dan rasa berang dengan pembatalan kemenangan Ziyad itu dengan menegaskan beliau tidak patut menyertai acara berkenaan dari awal sekiranya benar telah melanggar peraturan.

Mereka turut mempertikaikan kenapa Maksym hanya memprotes selepas acara itu berakhir, dan bukan dari awal.

SUMBER/KREDIT: wowberita

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komentar yang telah diberikan oleh pembaca kami. Kerana ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami.

Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komentar anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*