Iqbal Umum Minggu Depan Keluar Lagu? Sekali Ada KomenPerli Dia Sampai Beratus Masuk

Reda kisah cintanya dengan jutawan k.osmetik Datuk Seri Vida, baru-baru ini perkongsian bekas pembantu peribadi Vida iaitu Ahmad Iqbal Zulkifli menjadi perhatian apabila mencari seseorang yang boleh membuat lagu dengan kadar segera.

Menerusi perkongsian tersebut, Iqbal turut menawarkan bajet dengan kos rendah iaitu sebanyak RM 500,000 sahaja.Bagaimanapun, tidak dimaklumkan untuk tujuan apa dia ingin mencari pencipta lagu.

Terbaru, Iqbal mempersoalkan apabila ada pihak mempertikai t.indakannya mengeluarkan bajet setengah j.uta itu, sedangkan jumlah itu bukan untuk lagu sahaja tetapi termasuk muzik video.

Kata Iqbal lagi, dia tidak mahu disamakan dengan pengasas produk lain yang pernah menghasilkan lagu sebelum ini dan mempunyai pengalaman dalam bidang nyanyian.

“Jangan samakan saya dengan f.ounder lain, asalkan ada duit boleh buat lagu. Saya pernah juara nasyid negeri Kelantan dan naib juara peringkat Malaysia di radio.

“Ibu saya penulis lirik album nasyid juara kebangsaan. Saya akan buktikan saya boleh walaupun saya sedar saya bukan akan jadi penyanyi profesional,” katanya.

“Selepas saya tawar RM 500,000 untuk hasilkan lagu untuk saya nyanyi, memang ramai komposer dan penyanyi offer nak buatkan, ada antara mereka yang pernah hasilkan lagu untuk Datuk Siti Nurhaliza dan penyanyi popular lain.

“Ada juga wakil komposer terkenal dari Indonesia yang hubungi saya nak buatkan lagu. Sekarang ni saya dah pening nak pilih siapa sebab semuanya bagus-bagus. Saya kena fikir dulu siapa yang terbaik sebab bukan sikit modal nak dikeluarkan,” katanya.

Dalam pada itu, Iqbal berkata tujuan lagu tersebut adalah untuk meluahkan perasaan sedihnya dalam lagu agar menjadi kenangan.

“Saya nak nyanyi lagu jiwang yang boleh sentuh hati rakyat Malaysia, mungkin dengan itu orang akan faham perasaan yang say sedang lalui sekarang ini. Keg.agalan untuk berkahwin dengan Datuk Vida akan saya abadikan dalam lagu itu, biarlah satu Malaysia dapat rasa apa yang saya rasa sekarang.

“Rasa tak sabar nak cepat-cepat jumpa komposer yang sesuai, saya yakin netizen pun tak sabar nak dengar suara saya dan mengalami apa yang terbuku dalam hati saya ini,” katanya.

Keliru Buat Keputusan

Saya keliru buat keputusan memilih komposer lagu saya kerana mesej yang saya terima tawaran dari orang yang hebat kesemuanya. Lebih 50 komposer besar menawarkan lagu termasuk beberapa band terkenal dari Indonesia.

Kata orang, paling awal pun sebulan untuk siapkan semua. Namun saya perlu kejar masa kerana banyak hal lain perlu disegerakan juga. Paling lewat pun minggu hadapan lagu saya sudah dilancarkan bersama video muzik.

Tidak mengapa, saya percaya setiap kerja keras tidak akan mensiakan hasil. Berharap saya bertemu pencipta lagu yang tepat.

Meskipun dijadikan bahan permainan orang ramai, saya janji tidak akan mer.osakkan industri muzik tanah air. Biarpun berjuta orang tidak percaya pada saya, jika keinginan diri teguh, saya sanggup tempuh.

Ada Satu Komen Masuk Perli Gambar Beliau

SUMBER/KREDIT : RK/IG via OnlineMalaya

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komentar yang telah diberikan oleh pembaca kami. Kerana ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami.

Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komentar anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*