
Lumrah kehidupan berumah tangga, majoriti suami isteri mahu sentiasa tinggal di bawah bumbung yang sama dan kalau boleh jangan berjauhan langsung. Tak kiralah sudah lama atau baru sahaja berkahwin, perkara ini sememangnya berat untuk diterima lebih-lebih lagi para isteri.
Kenal sejak 2014, tak pernah jauh…sebak hantar suami masuk Pulapol
Walau bagaimanapun, ada yang terpaksa menjalani rumah tangga secara PJJ atas faktor tuntutan kerja demi perancangan masa depan keluarga juga. Itulah yang dilalui oleh seorang wanita dikenali Wahnie Azmi, susulan perlu duduk jauh dengan suaminya yang dapat panggilan untuk menjalani latihan polis beberapa hari lepas.
Walaupun berat untuk hadap…tapi saya kena kuat untuk masa depan kita
Menerusi perkongsian di TikToknya, wanita ini akui bukan mudah untuk berjauhan dengan suami tercinta yang dikenalinya sejak 7 tahun lepas lagi. Biarpun begitu, Wahnie Azmi sanggup berkorban rindu dan perasaan demi masa depan lebih cerah yang menanti keluarga mereka. Dalam pada itu, dia turut berharap agar dikurniakan rezeki zuriat pula selepas pasangannya tamat latihan tersebut.
Sila Klik Disini Untuk Menonton Video Tiktok nya
@n.wahniazmi Semoga diri ini terus kuat 😢🤍#fyp #husbandwife #pjj #berandafypシ #pulapolsegamat
Take care sis…bini polis memang kena kuat hadapi dugaan
Klip video berdurasi 25 saat itu nyata meruntun jiwa rata-rata netizen, sekali gus mendoakan perjuangan pasangan suami isteri berkenaan. Tidak ketinggalan, mereka turut berkongsi kisah rumah tangga PJJ masing-masing sehinggakan ada yang lebih tempoh 10 tahun.
SUMBER/KREDIT : TikTok n.wahniazmi via erinsakura
PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komentar yang telah diberikan oleh pembaca kami. Kerana ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami.
Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komentar anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Terima kasih
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Leave a Reply