Baru Dua Mnggu Berkahw1n, Isteri Tidak Kisah Dimadukan. Tapi Lain Pula Reaksi Si Suami

Sebut sahaja p.oligami, perkataan ini akan buat kaum isteri tak senang duduk. Hakikatnya tak semua wanita sanggup hidup bermadu atau dalam erti kata lain berk.ongsi suami.

Kita selalu dengar ayat yang keluar daripada mulut kaum wanita, ‘ Aku sanggup sendiri daripada hidup bermadu,’. Rata-rata g.olongan wanita pasti sependapat kan?.

Wanita Ini Berbeza Pula

Isteri kepada anak seorang penceramah terkenal Indonesia membuat pengakuan bahawa dia tidak kisah untuk bermadu sekiranya suaminya berhasrat untuk berkahwin lebih daripada seorang di masa akan datang, lapor laman berita Suaracom hari ini.

Pengakuan tersebut disuarakan Nadzira Shafa ketika ditemu bual oleh selebriti dan pelakon terkenal, Oki Setiana Dewi dalam satu paparan di YouTube.

Meskipun baru dua minggu berumah tangga, isteri kepada anak Allahyarham Ustaz Arifin Ilham, Ameer Azzikra itu secara terang-terangan mengaku dia bersedia dimadukan kerana turut berasal daripada keluarga yang mengamalkan p.oligami.

“Sebenarnya, jika bercakap mengenai p.oligami, saya tidak mene.ntang kerana saya berasal daripada keluarga yang berp.oligami. Jadi, saya dapat memahami amalan p.oligami,” katanya ketika menjawab soalan daripada Oki.

Tambah wanita itu, jika suatu hari nanti suaminya membuat keputusan untuk berkahwin lagi, dia ikhlas untuk menerimanya.

“Jika ada wanita yang betul-betul perlu dibimbing (oleh suaminya), saya tidak kisah,” ujarnya.

Sementara itu, pengakuan Nadzira Shafa itu dibalas oleh Ameer Azzikra yang mengatakan bahawa masih terlalu awal untuk dia memikirkan perkara tersebut.

“Kita kan baru berkahwin. Saya masih belum terfikir ke arah itu,” katanya.

Sumber/Kredit: Kosmo/FB

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komentar yang telah diberikan oleh pembaca kami. Kerana ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami.

Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komentar anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*