Jofliam Mohon Maaf Naik Hantu, Carl Samsudin Guna Staf Jatuhkan Maruah Isterinya, Cik Epal?

Sudah reda isu Carl Samsudin bertindak biadap dengan seorang warga emas, namanya kembali hangat selepas salah seorang staf di bawahnya dikatakan mempermainkan maruah Cik Epal. Pada semalam juga, Jofliam yang sangat dikenali sebagai suami penyayang serta cool ibarat bertukar tidak waras dan terus bergegas untuk bersemuka dengan pihak-pihak terlibat.

Apa maksud hang sejuk-sejuk makan epal? Aku nak hang melutut depan bini aku

Pun begitu, segala pencarian gagal kerana pihak terbabit langsung tidak mahu turun dan bertemu membuatkan Jofliam bergerak pula ke rumah lain. Kata usahawan ini juga, dia percaya bahawa Carl Samsudin mempergunakan staf terbabit untuk mengganggu maruah Cik Epal. Bukan sekadar marah, malahan emosinya ranap sehingga bercakap dalam keadaan menggigil dan nangis.

Bila tengok balik, saya malu dengan perwatakan saya

Pun begitu selepas ditenangkan oleh ibunya sendiri, Jofliam membuat permohonan maaf secara terbuka di Instagramnya pada semalam selain mendedahkan sudah berurusan dengan pihak polis. Berikutan karakternya yang tiba-tiba berubah menjadi antagonis, dia merasa sangat malu selain mengakui ia tidak bagus dipertontonkan kepada umum.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Jofliam🍼 (@jofliam)

Sebenarnya aku pun tak pernah tengok Jofliam macam ni

Di IG Story, Cik Epal tidak ketinggalan mendedahkan Jofliam memang pantang andai ada orang luar ‘sentuh’ keluarganya apalagi isteri tersayang. Meskipun terkejut, dia bangga kerana suaminya sanggup bangkit mempertahankan maruah wanita kesayangannya agar tidak sewenangnya dibawa main.

SUMBER/KREDIT: IG Jofliam & Cik Epal , Facebook Saiful Bahari II

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komentar yang telah diberikan oleh pembaca kami. Kerana ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami.

Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komentar anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*