“Kalau macam ni hari2 aku nk vaksin?” – Kecoh Daiyan Trisha Jadi Sukarelawan Buat Ramai Minta Nak Tukar Venue Ke PPV UKM

TEMPOH lockdown yang berpanjangan nampaknya membuka ruang kepada lebih ramai selebriti tempatan untuk menyumbang tenaga sebagai sukarelawan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

Terbaharu pelakon Daiyan Trisha menjadi tumpuan netizen selepas berkongsi aktiviti hujung minggunya di media sosial apabila menjadi sukarelawan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Menyedari hal itu, para peminat aktres tersebut dilihat semakin tidak sabar untuk mendapatkan suntikan vaksin masing-masing dengan ada yang turut berharap agar diberi peluang untuk menukar lokasi bahan pelali berkenaan.

Alaaa nak cucuk vaksin kat UKM la mcm ni.

“Macam mana nak request tukar venue for second dose? Hahahaha.

Perkongsian Daiyan di Instagram miliknya.

Yay Daiyan kat UKM, Cantik! Makin ramai la orang daftar vaksin lepas ni. Kalau macam ni hari-hari aku nak vaksin,” demikian antara komen lucu netizen.

Mengulas mengenai reaksi lucu itu, Daiyan atau nama sebenarnya Daiyan Trisha Mohd Nasaruddin, 28, berkata dia tidak menyangka menerima respons yang positif daripada netizen.

Ujar Daiyan sudah lama dia menyimpan hasrat untuk menyertai inisiatif Malaysia Vaccine Support Volunteers (MyVac) bagi membantu petugas barisan hadapan.

“Kelakar juga apabila baca komen-komen netizen, namun hakikatnya sebelum saya sertai sebagai sukarelawan pun sudah ramai yang ada kesedaran nak ambil vaksin.

Vaksin sangat penting… lagi ramai orang ambil vaksin, lagi cepat kita boleh kembali kepada kehidupan normal.

DAIYAN TRISHA

PELAKON

“Tapi mungkin belum berkesempatan dan masih menunggu panggilan di aplikasi MySejahtera. Apabila saya join mungkin ia boleh beri lebih kesedaran kepada orang ramai.

“Kalau mereka jadi lebih bersemangat nak datang ambil vaksin kerana Daiyan kat sana… kira bagus la. Sekurang-kurangnya dapat menyeru rakyat Malaysia untuk ambil vaksin. Alhamdulillah jika itu dapat membantu,” katanyanya kepada mStar.

Menurut Daiyan, tujuannya menyertai sukarelawan MyVac adalah untuk memberi kesedaran kepada rakyat Malaysia tentang pentingnya pengambilan vaksin.

Daiyan ingin memberi kesedaran berhubung vaksin kepada orang ramai.

Dia yakin pengambilan vaksin boleh mencegah jangkitan Covid-19 serta berupaya memulihkan ekonomi negara.

“Sebelum ini pun memang saya dah selalu share dekat Twitter untuk ajak orang pergi vaksin, agak aktif la.

“Vaksin sangat penting. Lagi ramai orang ambil vaksin, lagi cepat kita boleh kembali kepada kehidupan normal.

“Tolong dapatkan vaksin dengan segera sebab sangat penting untuk memulihkan negara dan ekonomi,” katanya.

Sumber/Kredit:  mstar via malaysiatimes

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komentar yang telah diberikan oleh pembaca kami. Kerana ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami.

Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komentar anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*