“Kali Pertama Lihat dan Sentuh Baby Ayash Affan” Shuib

Semalam pada tarikh 12 September, maka genaplah umur Shuib dari kumpulan Sepahtu dah masuk 37 tahun. Kata Shuib tahun ini dia tak sambut pun, malah dirinya menyatakan, kehilangan isteri tercinta masih lagi terasa, maka tiada sebarang sambutan pun.

Namun pada masa yang sama, sempena hari lahirnya itu, ada berita gembira telah diterima.

Meskipun tidak berkesempatan meraikan sambutan ulang tahun kelahirannya bersama Siti Sarah semalam, Shuib tetap bersyukur apabila diberi ‘hadiah’ untuk menyentuh dan mengucup bayinya, Ayash Affan buat kali pertama hari ini.

Ini apabila pihak doktor dah beri kebenaran untuk Shuib melawat anaknya baby Ayash Affan. Selepas sebulan umur Ayash Affan, Shuib akan menjenguknya pada hari ini di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Cheras.

Syukur alhamdulillah, sempena hari lahir saya, Allah dah hadiahkan satu berita yang amat gembira. Sudah boleh datang ke hospital untuk tengok Ayash. Hari ini merupakan hari pertama saya lihat dan sentuh dia.

Shuib turut teringat kata-kata dari arwah Siti Sarah ketika mengandungkan baby Ayash Affan, dia selalu minta Shuib untuk jagakan anak keempat mereka itu.

Insyaallah akan dapat jumpa hari ini. Masih ingat lagi pesanan, yang mana ibu (arwah Siti Sarah) selalu cakap, baby yang keempat ni you jaga tau, jaga dia okey, itu yang diulanginya (arwah Siti Sarah).

Ini respon dari Shuib tentang permintaan dari isterinya untuk menjaga anak keempat mereka.

Sayang, I akan jaga dia, insyaallah. I akan jaga macam mana I jaga you dan dia akan jadi anak yang soleh, anak yang akan jadi kebanggaan you dunia dan akhirat.

Cumanya I pohon you akan sentiasa doakan untuk I sebab perjalanan masih lagi jauh. Doakan I kuat, I love you sayang.

Sebelum ini, Shuib ada mengatakan bahawa baby Ayash Affan kemungkinan akan diberi kebenaran untuk keluar pada bulan September ini.

Baby Ayash Affan telah dilahirkan melalui kaedah pembedahan Caeserean Section setelah ibunya arwah Siti Sarah tidak sihat akibat komplikasi covid. Siti Sarah kemudian pergi buat selamanya tiga hari selepas melahirkan baby Ayash Affan.

SUMBER/KREDIT : newstel

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komentar yang telah diberikan oleh pembaca kami. Kerana ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami.

Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komentar anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*