“Kau Tanya Aku Siapa?” – Tular Rakaman Wanita Mak1 Polis Di SJR, Dakwa Dsindir Oleh Polis

Sejak semalam, tular sebuah video di media sosial memaparkan seorang wanita bertindak memak1 hamun anggota polis yang bertugas di sekatan jalan raya (SJR) selepas disaman akibat cukai jalan dan insurans tamat tempoh.

Seorang pengguna Facebook, El Jojoe Jemadin memuat naik video memperlihatkan wanita yang dikenali sebagai Wawa itu meninggikan suara terhadap beberapa anggota polis di lokasi terbabit dalam loghat Sabah.

“Wahid Enterprise #biadap #kaulahpalingGagahKonon. Mereka hanya jalankan tugas, bagi kerjasama lah senang.. bukan pakai harrier, super king segala kau berkuasa,” tulis El Jojoe Jemadin.

Walaupun wanita itu menjerit di sana sini, anggota polis tersebut dilihat tetap tenang menjalankan tugas sambil mengeluarkan notis sa.man.

“Kau dengar sini, aku ajar engkau…”

“Jaga mulut kau…”

“Kau ingat tu eh. Nama aku Wawa, Wahid Enterprise..” 

Itu antara dialog dilontarkan wanita tersebut yang dipercayai seolah-olah tidak berpuas hati dengan tindakan anggota polis berkenaan.

Rakaman video berdurasi seminit 29 saat itu mendapat 10,000 perkongsian dan pelbagai reaksi netizen yang memberi komen terhibur dengan gelagat Wawa selain memuji sikap profesional anggota polis.

Terbaik polis tu! Sabar layan

Baru enterprise, belum lagi Sdn Bhd…

Buat malu rakyat Sabah je!

Org putih bilang don’t judge people by the book,,, nie tngok luaran nya pn dah tahu,,, cara pemakaian pn dah tahu perangai dia mcm mana,,, emmm,,, bila hati kita bersih,, ,semuanya terserlah keindahannya dlam mahupun luaran,,,

Nie bukan menghina lagi …blh sabit mengganggu kerja pdrm,dan ugutan nie

Tidak membiarkan sebarang spekulasi dibuat oleh warganet, Wawa menerusi sebuah posting di laman Facebook miliknya tampil memberikan penjelasan sebenar berhubung kejadian terbabit.

“Ada sebab & akibat… jangan bul1 orang prempuan!” – Princess Wawa El-Diamond

 

Menurut Wawa, kejadian tersebut berlaku pada 1 Jun lalu dan mendakwa dia menunggu hampir 30 minit di dalam kereta jenis Toyota Harrier itu untuk menerima notis sa..man.

“Sengaja melambat-lambatkansaman, smapai Wawa turun ke pondok tanya kenapa lambat encik? Ketika itu, polis tu mula menyind1r?

“Wawa cakap sa.man saja encik, hal ‘roadtax’ tu memang salah. Dia cakap pulak dia ada kuasa bagai dengan nada menyind1r, perkecilkan Wawa sebagai rakyat..,” dakwa Wawa seperti ditulis dalam aplikasi WhatsApp.

Bagaimanapun, sehingga artikel ini ditulis, tiada kenyataan rasmi daripada pihak polis berhubung kejadian tersebut.

Sumber: Facebook El Jojoe Jemadin & Princess Wawa El-Diamond

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komentar yang telah diberikan oleh pembaca kami. Kerana ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami.

Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komentar anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*