Kecoh Siapa Nak Jadi PM 9, Nama DSAI Jadi Sebutan Dapat S0kongan Maj0riti?

Perbincangan mengenai Perdana Menteri Kesembilan hangat menjadi tumpuan seluruh rakyat Malaysia selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatannya semalam.

Banyak desas-desus mengatakan ketua parti pembangkang, Dato’ Seri Anwar Ibrahim (DSAI) bakal mengambil alih tampuk kekuasaan itu setelah mendapat angka sokongan yang mencukupi daripada beberapa ahli parlimen yang lain.

Sokongan secara peribadi

Menurut sumber terdekat Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu, sokongan adalah peribadi dan dikemukakan dalam bentuk warkah untuk diserahkan kepada Istana Negara.

Antara ahli parlimen yang turut memberikan majoriti kepada Dato’ Seri Anwar adalah ahli parlimen daripada Perikatan Nasional (PN).

Hanya sokongan untuk membentuk kerajaan baharu

Walau bagaimanapun menurut sumber tersebut, sokongan yang diberikan bukanlah berbentuk perjanjian kepercayaan seperti yang digembar-gemburkan, tapi hanyalah majoriti untuk membentuk sebuah kerajaan baharu.

Anwar dikatakan telah menerima sebanyak 105 sokongan dari kalangan ahli parlimen dan memerlukan kira-kira 6 lagi sokongan ahli parlimen daripada blok kerajaan untuk mendapatkan sokongan secara majoiriti.

Terima kasih kerana sudi membaca!

SUMBER/KREDIT: sinarharian via ohmymediacc

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komentar yang telah diberikan oleh pembaca kami. Kerana ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami.

Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komentar anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*