Kerana Hanya Dua Nama Sbagai CaIon PM, Kit Siang Tampil Bagi Satu Cadangan K0mbinasi

Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang mencadangkan agar dua calon perdana menteri daripada dua gabungan iaitu PH dan PN membentuk satu ‘kabinet per4ng’ dengan kedua-duanya memegang jawatan perdana menteri dan timbalan perdana menteri.

Ahli parlimen Iskandar Puteri itu tidak menyatakan sebarang nama secara khusus tetapi dua calon utama untuk jawatan perdana menteri yang kini kosong ialah Naib Presiden Umno Ismail Sabri Yaakob dan Presiden PKR Anwar Ibrahim.

Dipercayai Ismail kini mendahului dengan sokongan 114 ahli parlimen dengan Anwar disokong 105 ahli parlimen.

Yang di-Pertuan Agong dalam proses mengesahkan sokongan diterima Ismail hariini.

“Sekiranya hanya ada dua nama untuk jawatan perdana menteri, seorang boleh dilantik sebagai perdana menteri dan seorang lagi sebagai timbalan perdana menteri untuk membentuk kabinet per4ng yang melibatkan semua kuasa politik di Parlimen untuk memenangi per4ang mel4wan penular4n wab4k CVlD-19 sebelum PRU15 dalam masa 18 bulan.

“Kabinet per4ng tersebut perlulah mencerminkan perpaduan parlimen untuk mengubah nasib negara kita yang sedang kalah selama 20 bulan dengan wabak CVlD-19 dengan membawa dasar dan strategi baru untuk mengawal wabak ini dan mengembalikan harapan, keyakinan, dan kepercayaan rakyat kepada satu pendekatan yang melibatkan ‘keseluruhan masyarakat’,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Rais Hussin dari Bersatu membuat cadangan sama sekiranya tiada majoriti jelas dicapai.

“Memandangkan tiada majoriti jelas, Yang di-Pertuan Agong boleh menitahkan satu kerajaan perpaduan (ditubuhkan) untuk fokus kepada pengurusan pandemik dan pemulihan ekonomi untuk tempoh satu tahun.

“Baginda boleh melantik seorang perdana menteri daripada gabungan yang mempunyai jumlah (sokongan) terbanyak dan seorang timbalan perdana menteri daripada (calon gabungan) yang satu lagi,” ciapnya di Twitter.

Bekas ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu itu berkata, kabinet perpaduan itu haruslah bersaiz kecil dengan tidak lebih 10 orang menteri dan timbalan menteri.

Tambahnya lagi, kerajaan baru juga harus melakukan pembaharuan institusi, termasuk undang-undang antilompat parti.

“Bereskan undang-undang antilompat (parti) dalam masa setahun itu dan berhenti berjual beli (ahli parlimen) serta kejatuhan kerajaan yang kerap melalui ‘katak’ (lompat parti).

“Kemudian, bersiap sedia untuk bersaing dengan saksama dalam PRU15 tanpa mana-mana gabungan mendapat kelebihan kerana menyandang kuasa (pemerintah),” katanya.

Majoriti mudah memerlukan sokongan 111 ahli parlimen. Kini terdapat 220 ahli parlimen di Dewan Rakyat dengan dua kerusi kosong.

Muhyiddin pernah tawar faedah setaraf menteri kanan kepada Ketua Pembangkang

Ketika menjawat jawatan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pernah menawarkan saraan dan kemudahan kepada ketua pembangkang yang setara dengan menteri kanan sekiranya majoriti ahli Parlimen bersetuju dengan cadangan rentas parti dan meluluskan usul undi percaya pada sidang Parlimen akan datang.

Katanya, ia sebagai pengiktirafan kepada peranan parti pembangkang yang mempunyai jumlah perwakilan yang hampir seimbang di Dewan Rakyat jika usul undi percaya itu diluluskan.

Faedah kepada ketua pembangkang itu adalah antara tujuh perkara yang dijanjikan akan dilaksanakan oleh Muhyiddin jika undi percaya diluluskan.

Terima kasih kerana sudi membaca!

SUMBER/KREDIT: satkoba viral

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komentar yang telah diberikan oleh pembaca kami. Kerana ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami.

Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komentar anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*