
Perbentangan Pelan Pemulihan Negara (PPN) oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Parlimen hari ini telah diganggu oleh beberapa Ahli Parlimen dengan pencelahan yang tidak perlu.
Rata-rata orang ramai menyifatkan keadaan ini membuatkan taraf profesionaliti kesemua Ahli Parlimen serta kesucian Dewan Negara berada pada taraf yang paling teruk.
DS @anwaribrahim terus minta TPM jawab kuasa Kerajaan Negeri dalam menangani covid 19 ni. Boleh ke tak Selangor langgar semua arahan dari Federal yang diumum TPM sendiri.
Rafizi tengok tak ni? Karang dia mula ler buat thread panjang panjang panggil orang lain macai. pic.twitter.com/f3zTXEG5xc
— HermyR (@HermyRahim) July 26, 2021
BOLEH PULA KELUAR SUARA AJAK MAKAN DURIAN
Terdapat juga suara Ahli Parlimen yang sengaja mengajak Ahli Parlimen lain untuk keluar makan durian ketika Perdana Menteri memberikan ucapannya pagi tadi.
Kenapa Ahli Parlimen kita bersikap macam ini, walau tidak setuju sekali pun dengan kerajaan ketika ini bahas ikut peraturan. Rakyat semua melihat dan perhati,” ciap @ZAirul86.
“Aku dengar sempat lagi yang ajak makan durian dekat luar, tak ubah macam bersembang dekat luar. Yang Dipertua bercakap pun mereka tak hormat, Malaysia tolong la berubah,” jelas @ZquraJura.
Terdahulu, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun memaklumkan beliau tidak bersetuju dengan semua hujahan yang disampaikan oleh Ahli Parlimen pembangkang pada sesi sidang khas hari ini.
Ada Ahli Parlimen yang mencelah, mahu keluar Dewan Rakyat untuk makan durian. Macam suara…? #SisiTVParlimen #DewanRakyat #AWANInews pic.twitter.com/oDTHQFnGlN
— 🇲🇾Astro AWANI🇲🇾 (@501Awani) July 26, 2021
Kenyataan Azhar itu disuarakan selepas beberapa Ahli Parlimen mencelah dan menganggunya ketika sedang memberi penjelasan mengenai perjalanan sidang khas.
“Kalau ahli Parlimen pandai peraturan dewan, kalau saya bercakap semua ahli Parlimen kena diam,” tegasnya.
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali beri penjelasan susulan dakwaan Ketua Pembangkang berkenaan SOP kilang-kilang, kawasan perindustrian. Namun, wujud pertikaman lidah antara blok kerajaan dan pembangkang. #SisiTVParlimen #DewanRakyat #AWANInews pic.twitter.com/XKRObDYLSC
— 🇲🇾Astro AWANI🇲🇾 (@501Awani) July 26, 2021
SUMBER/KREDIT: Kosmo Online
PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komentar yang telah diberikan oleh pembaca kami. Kerana ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami.
Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komentar anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Terima kasih
Leave a Reply