Ketua Kampung Dedah Nenek Viral Pernah Kutip RM200K, Siap Belikan Cucu Kereta

Baru-baru ini di aplikasi TikTok, kisah seorang warga emas berusia 87 tahun yang gigih mencari rezeki di kaki lima Pasar Besar Siti Khadijah telah meruntun jiwa ramai. Paling menyayat hati, dia sendiri mendakwa sudah lama tidak menjamah nasi dan hanya makan biskut kering. Malahan dia cuma berharap bantuan RM5 dengan sebab mahu membeli sedikit beras.

Penghulu kata dah kutip RM200kā€¦dia beli kereta kat cucu-cucu

Namun menerusi pendedahan seorang aktivis bernama Zuraini Kamal, rupa-rupanya nenek terbabit bukanlah daif seperti yang diuar-uarkan. Sebaliknya, ketua kampung sendiri menyatakan warga emas itu pernah mendapat dana kutipan sehingga mencecah RM200 ribu. Selain digelar ā€˜Orang Kaya Baruā€™ oleh penduduk sekitar, dia juga didakwa mampu belikan kereta buat cucu-cucunya.

Kalau dahĀ viralā€¦kami tak bagi sumbangan kerana ada ramai lagi yang perlu bantuan

Dalam pada itu, Puan Zuraini Kamal menjelaskan bahawa persatuannya memang tidak membantu lagi individu yang diviralkan seperti kisah ini. Sebaliknya, mereka memfokuskan sumbangan kepada ramai lagi golongan daif di luar sana.

Isu viral ni kadang merisaukan, banyak cerita terselindungā€¦tak bantu salah, bila bantu lupa diri

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen sememangnya terkejut dengan pembongkaran status sebenar nenekĀ viralĀ itu. Selain berikan info lanjut mengenainya, mereka juga minta masyarakat berhati-hati kerana situasi seperti ini sudah kerap berlaku.

Sumber/Kredit: FBĀ Zuraini Kamal

PERHATIAN:Ā PihakĀ Kualalumpur ViralĀ Ā tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komentar yang telah diberikan oleh pembaca kami. Kerana ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami.

Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komentar anda disini. PihakĀ Kualalumpur ViralĀ juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*