LepasPelajar DedahSebab Apa Dla Dbuli, Ketua PengarahMARA Tampil Buat Kputusan Mengjutkan

Hanya gara-gara menegur supaya tidak terus menonton video l.ucah menjadi punca kem.arahan yang melarat menjadi k.es b.uli di Maktab Rendah Sains Mara MRSM Sultan Azlan Shah, Kuala Kangsar, Perak, baru-baru ini.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid, berkata perkara itu hasil s.iasatan dan keterangan diperoleh daripada m.angsa b.uli berkenaan.

Katanya, polis sudah menemu bual m.angsa dan mendapati punca atau sebab perg.aduhan kerana m.angsa dikatakan menasihati seorang daripada s.uspek supaya tidak menonton video l.ucah di telefon bimbit.

“M.angsa memberitahu jika tidak berhenti menonton dia akan melaporkan perkara itu kepada guru atau warden. Jadi, perkara ini dikatakan menjadi punca s.uspek bertindak mem.ukul atau memb.uli m.angsa.

“Keadaan itu menyebabkan enam s.uspek m.arah dengan seorang daripadanya yang juga pelajar Tingkatan Tiga mengarahkan rakannya yang terbabit untuk menu.mbuk dan menendang m.angsa,” katanya mengulas perkembangan terkini berhubung k.es itu, di Pasir Salak, semalam.

Media sebelum ini melaporkan, polis men.ahan enam pelajar sekolah berasrama di Kuala Kangsar yang menjadi s.uspek utama i.nsiden b.uli terhadap pelajar lain, sebelum video mengenainya tular di media sosial.

Mior Faridalathrash berkata, beliau dimaklumkan pada Jumaat lalu semua pelajar pulang ke rumah masing-masing kerana cuti semester iaitu sehari sebelum malam insiden b.uli itu.

“Setakat ini polis sudah merakam percakapan saksi susulan video yang tular di media sosial, selain menahan 10 individu yang disyaki terb.abit dan bers.ubahat dalam i.nsiden itu.

“Seramai lapan saksi dipanggil dan diambil keterangan, sebelum semua semua s.uspek dibebaskan dengan jaminan polis.

“Polis turut merampas 11 unit telefon bimbit yang akan dihantar ke jabatan f.orensik untuk melihat kandungan di dalamnya. Kita akan merujuk k.es kepada Timbalan Pendakwa Raya dan Jabatan Peguam Negara untuk t.indakan lanjut sebaik selepas semua siasatan selesai,” katanya.

Ketua Pengarah Tampil Buat Keputusan

Sepuluh pelajar Maktab Rendah Sains Mara MRSM yang dikenal pasti terbabit k.es b.uli yang tular di media sosial, baru-baru ini ditamatkan pengajian berkuat kuasa hari ini.

Ketua Pengarah Majlis Amanah Rakyat Mara Datuk Azhar Abdul Manaf berkata, penamatan pengajian mereka diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Disiplin Maktab JDM selepas meneliti k.es itu.

Katanya, Mara memandang serius kegiatan b.uli yang berlaku dan h.ukuman yang diputuskan itu sebagai menunjukkan ketegasan pihaknya yang tidak akan berkompromi dengan sebarang salah laku demikian di bawah mana-mana institusi pendidikan Mara dan tajaannya.

“Keputusan penamatan pengajian itu dibuat berdasarkan garis panduan yang telah dinyatakan dalam Panduan Pengurusan Disiplin Pelajar MRSM.

“Ibu bapa pelajar berkenaan sudah dimaklumkan mengenai keputusan dibuat jawatankuasa,” katanya dalam kenyataan dikeluarkan hari ini.

Azhar berkata, keputusan itu juga bukan sahaja pengajaran kepada pelajar terlibat, tetapi wajar dijadikan contoh kepada pelajar lain agar tidak melakukan perkara sama.

Menurutnya, Mara sentiasa mahu melahirkan modal insan yang cemerlang dari segi ilmu pengetahuan dan pada masa sama mempunyai sahsiah diri serta tingkah laku peribadi yang baik agar diterima masyarakat.

“Mara sentiasa komited dalam menangani k.es-k.es b.uli dengan memperketatkan prosedur o.perasi s.tandard SOP melalui penguatkuasaan peraturan sekolah, selain pemantauan berterusan aktiviti pelajar,” katanya.

Sumber/Kredit: HM via Onlinemalaya

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komentar yang telah diberikan oleh pembaca kami. Kerana ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami.

Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komentar anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*