Lepas Fauzl Nawawi Mlnta Maaf, KhirRahman Berltahu Sebab Kenapa Dia Gelak Masa Jadi Pngacara

KUALA LUMPUR : Pelakon dan selebriti, Raja Farah Raja Aziz, 34, tidak menolak, berasa malu dan tidak dihormati sebagai seorang wanita dan isteri orang apabila beberapa pelakon lelaki membicarakan pengalaman melakonkan watak jahat merangkumi babak r.ogol dengan salah seorang menyebut namanya.

Menurut Farah, perkara tersebut tidak sepatutnya diutarakan kerana ia ternyata telah memberi kesan kepadanya selain dianggap membuka a.ib.

“Saya sangat terkesan.Terasa dibuka a.ib dan rasa macam tidak dihormati. Sebagai seorang isteri, tentunya saya akan pergi kepada suami untuk bertanyakan pendapat kerana begitu ramai yang minta saya respons terhadap i.su ini.

“Saya pun tak nak ada perb.alahan. Jangan pula ada pihak yang mahu memb.urukkan keadaan.Saya dan suami berlapang dada. Mungkin pihak yang berkata-kata itu boleh buat permohonan maaf walau tak secara terbuka pun tak apa.

Normal kita sebagai manusia ada tersalah kata dan sebagainya. Harap boleh diselesaikan. Terima kasih kepada semua pihak yang prihatin,”katanya.

Farah berkata demikian dalam satu video yang dimuat naik malam tadi di Instagram bagi memberi maklum balas terhadap tularnya rakaman video sebuah program televisyen yang memaparkan beberapa pelakon lelaki bersama hos dan membicarakan mengenai watak j.ahat yang pernah dilakonkan mereka.

Menerusi video tersebut, Fauzi Nawawi, dilihat menceritakan mengenai babak dalam filem berjudul Anak Halal yang membabitkan Raja Farah sebagai pelakon wanita namun babak tersebut terpaksa dip.otong atas permintaan ibu bapanya.

Rakaman program tersebut telah mendapat perhatian pengguna media sosial dan tular di Tik Tok dengan pelbagai reaksi diberikan oleh pengguna.

Selain Farah, menerusi kenyataan dalam video di Instagram yang sama turut menyaksikan suaminya, Iskandar Ismail, meluahkan rasa k.ecewa dengan perbuatan pelakon lelaki tersebut yang dianggap tidak sepatutnya dilakukan.

Malah, Iskandar juga mendoakan agar pihak terbabit yang mungkin telah terlepas kata atau j.ahil menyesali apa yang dilontarkan.

“Berdoalah pada Allah SWT agar f.itnah ini tidak berterusan lagi. Kita tak nak orang terus menc.emuh. Kita faham ia satu kes.ilapan dan kita pun nak teruskan kehidupan.Allah SWT lebih mengetahui akan apa yang telah berlaku,”katanya.

Permohonan Maaf

Pelakon Fauzi Nawawi membuat permohonan maaf secara terbuka kepada pelakon Raja Farah yang tular menerusi Twitter sejak semalam.

Dalam pendedahan yang dibuat menerusi program Rumah 107 tersebut, Fauzi bersama dua tetamu undangan lain, Fizz Fairuz dan Zul Huzaimy.

Menyedari kes.ilapannya, Fauzi telah membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi sebuah video yang dimuat naik sekitar pukul 1 pagi tadi.

Menurut Fauzi atau nama sebenarnya, Mohd. Fauzi Mohd. Nawawi, 48, dia langsung tidak berniat untuk memalukan sesiapa dan mengaku apa yang berlaku adalah kes.alahan sendiri.

“Apa pun saya mengaku memang s.alah saya, saya j.ahil, saya tidak baik dan sedang memperbaiki diri untuk menjadi lebih baik. Buat mereka yang amat s.ensitif dan terkesan kerana video tersebut, suami Raja Farah, saya mohon maaf dari hujung rambut sehingga hujung kaki.

“Memang saya tiada niat langsung untuk memalukan sesiapa, kepada Raja Farah dan keluarganya, saya minta maaf,” kata Fauzi dalam nada k.esal.

“Saya tidak mahu lagi perkara ini dipanjangkan. Kepada netizen yang amat prihatin terhadap perkara ini sampai sanggup m.aki saya, ibu, keluarga dan anak-anak saya, saya maafkan.

“Saya anggap anda semua terlalu prihatin dan sayangkan saya, sebab itu sanggup m.aki saya. Saya berterima kasih kepada mereka yang mengingatkan dan menegur kes.ilapan saya sama ada secara baik atau k.asar, terima kasih, saya terima dengan rela hati,” ucapnya.

Khir Rahman Tampil Sebagai Pengacara

Terpalit dengan k.ontroversi gurauan i.su adegan aktres Raja Farah, aktor Khir Rahman tampil memohon maaf sekiranya keterlibatannya dalam perbualan tersebut menjejaskan imej mana-mana pihak.

Permohonan maaf tersebut dilakukan selepas sebuah potongan video temu bual dalam sebuah program televisyen yang membabitkannya sebagai pengacara bersama Shuk Sahar dan beberapa tetamu jemputan iaitu Datuk Fizz Fairuz, Fauzi Nawawi dan Zul Huzaimy.

Kata Khir dalam ranjutan ciapan Twitter, walaupun turut menerima kec.aman hebat susulan i.su tersebut, dia bukanlah individu yang akan lari daripada mengeluarkan sebarang kenyataan.

“Beri peluang untuk saya meninjau i.su ini dengan teliti dan andai perlu saya akan beri kenyataan. Percayalah saya ini bukan jenis lari, ” katanya pemilik nama penuh Khairulizam Abdul Rahman itu.

Jelasnya lagi, dia tertawa disebabkan gaya penceritaan tetamu jemputan bukannya terhadap i.su yang diketengahkan.

“Melalui bahan yang sempat saya baca, pertamanya saya tidak mahu menyebut nama-nama yang terlibat, seba salah juga hendak buat sebarang pernyataan. Bak kata suami empunya badan (Raja Farah), hal f.itnah ini tidak perlu dipanjangkan.

“Sebetulnya saya sedang mencari nombor telefon empunya badan, bahawa saya kesal dan ralat. Saya ketawa hanya pada gelagat bercerita tetapi bukan pada isunya. Saya tidak ketawa atau meraikan i.su tersebut dan minta maaf atas kes.ilapan serta ketelanjuran ini,” ujarnya.

Dalam pada itu, suami kepada penulis skrip terkenal, Siti Jasmina Ibrahim itu juga mempersoalkan mengapa temu bual tersebut diedit pada bahagian tertentu dan disebarkan kepada umum.

“Saya tidak pasti kenapa video ini dip.otong begitu lalu disebarkan dan adakah kandungan tersebut telah disiarkan pada waktunya. Kalau benar telah bersiaran begitu, sesiapa pun yang terlibat mesti berasa kesal dan perlu memohon maaf,” katanya lagi.

SUMBER/KREDIT : Kosmo/IG via OnlineMalaya

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komentar yang telah diberikan oleh pembaca kami. Kerana ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami.

Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komentar anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*