Akhirnya Mak Cik Keropok Lekor Mohon Maaf. Ini Kronologi Cerita Sebenar Kenapa Dia Trbalikkan Barang Niaga Akak Laksa

Semalam tular sepotong video seorang peniaga laksa di laman TikTok yang mendkwa gerai niaganya telah ‘diserang’ oleh peniaga keropok lekor bersebelahannya di Taman Koperasi LLN, Kajang.

Video yang telah mendapat lebih 1.9 juta tontonan di platform media sosial itu memaparkan seorang peniaga lain datang menghampiri tapak jualannya sebelum didkwa menterbalikkan barang niaga individu ini.

Menerusi video itu hanya terlihat laksa yang dijualnya juga kelihatan tertumpah dan berterabur di atas jalan.

Setelah peniaga keropok lekor itu beredar, dapat dilihat individu ini sempat mengutip satu persatu bahan laksa yang jatuh di atas tanah itu.

Difahamkan, kejadian itu berpunca atas dasar tidak puas ha.ti dan bermula dengan kata cac1an.

Kisah serta kronologi cerita sebenar apa yang berlaku telah dikongsikan oleh seorang pemilik akaun Facebook yang menggunakan nama Kaseh Meow Elena.

Menurut apa yang dikongsikan peniaga itu baru sahaja memulakan perniagaan menjual laksa. Tetapi siapa sangka, di hari pertama berniaga, dia mendkwa sudah ‘diser.ang’ oleh peniaga bersebelahan dengannya.

Terbaharu, menerusi posting yang dimuat naik di akaun Facebook yang sama, dimaklumkan kedua-dua peniaga tersebut telah berdamai dan bermaaf-maafan sesama mereka.

Terdahulu, dilaporkan peniaga laksa tersebut telah membuat laporan polis berhubung isu berkenaan meskipun ‘jiran’ peniaga keropok lekor itu telah tampil membuat permohonan maaf kepadanya.

Kisah mereka mendapat perhatian netizen yang rata-rata mengecam tindakan peniaga keropok lekor tersebut yang didakwa iri hati dan tidak menyokong sesame peniaga yang turut sama mencari rezeki.

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komentar yang telah diberikan oleh pembaca kami. Kerana ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami.

Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komentar anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*