Lain Diminta, Lain Yang Dibagi?? Mnteri KPDNHEP DedahD0kumen Yang Pemllik Kedai SiakapViral Bagi

Alor Setar: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna KPDNHEP sebelum ini sudah mengeluarkan notis di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Harga A.nti Perc.atutan 2011 kepada peniaga restoran terapung di Langkawi pada Sabtu lalu.

Ketua Pegawai Penguatkuasaan KPDNHEP Kedah, Mohd Shahran Mohd Arshad berkata, notis bertulis itu perlu dijawab dalam tempoh lima hari iaitu sebelum Khamis ini bagi mengelak sebarang t.indakan sekiranya pemilik restoran berkenaan gagal berbuat demikian.

“Kita beri tempoh lima hari untuk pemilik restoran menjawab beberapa perkara di dalam notis itu antaranya berkaitan kos ikan siakap, makanan dan apa-apa yang ada dijual di situ.

‚ÄúSetakat ini kita masih menunggu maklum balas daripada pemilik restoran itu. Buat masa sekarang kita tidak boleh kata salah atau tidak, sebaik sahaja kita terima notis itu kita akan analisa setiap kos yang diberikan secara terperinci sama ada berlakunya kenaikan harga tidak munasabah atau sebaliknya,‚ÄĚ katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, makan tengah hari sekumpulan tujuh pelancong di sebuah restoran terapung di Langkawi dikejutkan dengan harga ikan siakap yang did.akwa terlalu mahal.

Berdasarkan satu resit yang dimuat naik seorang pengadu di laman sosial, ikan siakap seberat 7.48 kilogram yang dipesannya berjumlah RM 1,196.80.

Jumlah keseluruhan bil yang dimuat naik pelanggan itu termasuk hidangan makanan dan minuman lain, ialah RM 1,759.50 dan tular di media sosial.

Mengulas itu sama, Mohd Shahran berkata, sehingga kini hanya satu aduan berkaitan diterima pihaknya dan beliau meminta pengguna yang mengalami situasi sama terus membuat laporan kepada KPDNHEP.

“Sekarang kita sedang lancarkan Ops Menu, operasi ini bukan sahaja kita fokus kepada harga pada menu tetapi juga kepada alat timbangan sama ada alat itu masih sah atau tidak.

“Dalam masa sama kita minta aduan terus dilakukan kepada KPDNHEP untuk mudahkan penguatkuasa mendapatkan maklumat terperinci daripada pengguna itu sendiri.

‚ÄúSekiranya ditularkan dalam media sosial sahaja maka kita terpaksa mencari individu terbabit menerusi media sosial dan terpaksa menunggu jawapan daripadanya sebelum kita perolehi maklumat lanjut,‚ÄĚ katanya.

Restoran Ikan Siakap Dilanjutkan Tempoh Jawab Notis

Pemilik restoran terapung yang tular kerana menjual hidangan seekor siakap berharga RM 1,196 dIlanjutkan tempoh untuk menjawab notis mengenai harga makanan yang dijual itu sehingga Rabu ini.

Timbalan Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid berkata, tempoh itu dilanjutkan dari tarikh asal iaitu pada Khamis lalu.

Menurutnya, notis tersebut telah diserahkan kepada pemilik restoran pada 6 November lalu. Katanya, k.es tersebut disiasat di bawah Akta Kawalan Harga dan A.ntipencatutan 2011.

Kita ada berikan notis kepada peniaga untuk menjelaskan harga makanan yang dijualnya sebelum ini, tetapi masih belum lengkap.

Pengguna yang tidak berpuas hati dengan urus niaga yang dijalankan boleh mengemukakan aduan melalui aplikasi Ez ADU yang dibangunkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).
Pengguna hanya perlu telefon pintar yang menggunakan sistem operasi android dan memuat turun aplikasi Ez ADU daripada Play Store secara percuma untuk memfailkan aduan serta memuat naik gambar atau dokumen seperti resit pembelian dan barang yang dibeli untuk menyokong aduan.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Rosol Wahid berkata demikian kepada Bernama pada sessi temubual di pejabatnya baru-baru ini.

Dia peniaga bagi harga keseluruhan, kita nak perincian, upah masak berapa, secara terperinci, katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Kempen Beli Barangan Malaysia peringkat kebangsaan di Dataran Chenang di sini hari ini.

SUMBER/KREDIT : BH/FB via onlinemalaya

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komentar yang telah diberikan oleh pembaca kami. Kerana ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami.

Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komentar anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*