ᴊᴇɴᴀᴢᴀʜ Lalu Perlahan Tanpa Singgah di Rumah, Mengalir Air Mata Ahli Keluarga Beri Lambaian Terakhir

Hakikat untuk diterima ketika musim pandemik Covid-19 ini, ahli keluarga tidak dapat memeluk dan mencium ᴊᴇɴᴀᴢᴀʜ insan tersayang berikutan perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Terbaru, Facebook PahangKu Media berkongsi satu video memaparkan sebuah ahli keluarga hanya mampu melambaikan tangan ke arah van ᴊᴇɴᴀᴢᴀʜ yang diiringi kereta polis sebelum ᴊᴇɴᴀᴢᴀʜ dibawa ke tanah perkuburan.

Lebih mengundang sayu apabila semua pasukan tersebut bertindak untuk memperlahankan kenderaan mereka untuk memberikan peluang kepada ahli keluarga sebagai penghormatan terakhir kepada ᴊᴇɴᴀᴢᴀʜ.

“ᴊᴇɴᴀᴢᴀʜ tidak dibenarkan singgah dirumah lantaran SOP.. namun kenderaan ᴊᴇɴᴀᴢᴀʜ diperlahankan bagi memberi peluang keluarga memberikan penghormatan terakhir,” tulis kapsyen posting tersebut.

Rakaman video berdurasi seminit 22 saat itu turut kedengaran ahli keluarga menangis teresak-esak selain menenangkan antara satu sama lain yang hiba kerana tidak dapat menatap ᴊᴇɴᴀᴢᴀʜ buat kali terakhir.

Malah, anggota polis yang menggunakan pembesar suara sempat memohon maaf dan meminta ahli keluarga bersabar serta sedekahkan al-Fatihah buat Allahyarham.

Tonton video penuh:

Seperti satu rakaman yang tular hari ini, dilihat keluarga menunggu di hadapan rumah sambil kenderaan yang membawa j.enazah diperlahankan apabila melintasi di hadapan rumah.

Seorang wanita, Norasma Tahir dipercayai anak kepada Allahyarham juga ada memuat naik posting mengucapkan terima kasih atas doa yang dikirimkan orang ramai.

Dia ibuku.. Syukur, terima kasih yang mendoakan!

Bagaimanapun, tiada maklumat lanjut dikongsi mengenai punca pemergian Allahyarham berusia 86 tahun itu yang dijemput Ilahi pada pagi Jumaat lalu di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Pahang.

Kuatkan semangatku untuk hari2 mendatang

Reaksi Orang Ramai

S.edih bilamana ahli keluarga kita, yg kita sayang pergi kerana v.irus nie, kerana apa, kerana kita tak mampu buat apa2 utk j.enazahnye, takleh nak mandikannya, takleh nak sentuhnye utk kalau terakhir, takleh kapankannye, lagi s.edih tak leh melihat, menatap wajahnye utk kali yg terakhir… Bertabahlah… Semoga kita cepat bebas drpd nie.

Brgetar suare polis 2 ckap,die pon sebak jgk.

Innalillahiwainnailaihirojiun…salam takziah pd keluarga…s.edih melihat keadaan sebegini.

Video pendek yg amat p.edih n mendalam.. jagalah diri kita n keluarga kita.. jauhilah dr segala peny.akit yg boleh membawa m.aut.. pesanan utk diri sendiri jgk.

Berat mata memandang berat lg bahu yg memikul..Salam Takziah buat keluarga a.rwah..semoga semua ahli keluarga terus tabah dan redha dengan ketentuan Allah Taala.. Mudah2an roh arwah ditempatkan bersama org2 yg beriman Aamiin..Aamiin Ya Rabb.. AL-FATIHAH (dibaca). Polis yg mengumum pun dengar sebak suaranya.

Sumber/Kredit: Fb PahangKu Media & Norasma Tahir

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komentar yang telah diberikan oleh pembaca kami. Kerana ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami.

Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komentar anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*