Lepas Ramai Tertanya, Akhirnya Ini Jawapan KWSP Tentang Pengeluaran Untuk Akan Datang

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menganggarkan bahawa ahli-ahli yang terkesan perlu bekerja antara empat hingga enam tahun tambahan untuk membina semula simpanan yang telah dikeluarkan semasa p.andemik C0vid 19.

Menurut Jabatan Hal Ehwal Korporat KWSP, kemudahan pengeluaran seperti i-Lestari, i-Sinar, dan i-Citra telah mengakibatkan kejatuhan yang ketara dalam peratusan ahli yang mencapai simpanan asas iaitu RM 240,000 pada 55 tahun, iaitu daripada 36 peratus pada tahun 2020 kepada anggaran 27 peratus pada hujung tahun ini.

“Berikutan keperluan untuk melindungi masa depan ahli dan membina semula dana persaraan mereka, sebarang pengeluaran luar biasa tambahan pada masa hadapan perlu dipertimbangkan dengan teliti.

“KWSP berharap langkah-langkah yang dilaksanakan untuk menyokong pemulihan ekonomi dan merangsang pekerjaan akan membantu ke arah memenuhi keperluan rakyat,” menurut KWSP dalam kenyataan hari ini.

Disebabkan itu, KWSP kini fokus dalam membantu ahlinya membina semula simpanan demi masa depan semasa persaraan.

KWSP memberikan jaminan tersebut setelah kemudahan pengeluaran seperti i-Lestari, i-Sinar, dan i-Citra yang diperkenalkan berikutan p.andemik C0vid 19 mengakibatkan sejumlah RM 101 b.ilion telah dikeluarkan dan disalurkan kepada lebih 7.4 j.uta ahli, atau lebih daripada separuh jumlah keseluruhan ahli KWSP.

Katanya, walaupun pengeluaran tersebut telah memberikan sedikit kelegaan kewangan kepada ahli semasa p.andemik dan pelbagai peringkat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), jumlah simpanan yang telah dikeluarkan kini telah menyebabkan seramai 6.1 j.uta ahli mempunyai kurang daripada RM 10,000 dalam akaun KWSP mereka.

“Daripada jumlah tersebut, seramai 3.6 j.uta mempunyai kurang daripada RM 1,000, seterusnya menjadikan mereka lebih rentan dan tanpa perlindungan persaraan.

“Kejatuhan dalam jumlah simpanan ini ternyata lebih merisaukan untuk ahli Bumiputera, memandangkan seramai 78 peratus, atau lebih tiga perempat telah memohon untuk fasiliti pengeluaran tersebut.

“Akibatnya, seramai 4.4 j.uta, atau 54 peratus ahli Bumiputera kini mempunyai kurang daripada RM 10,000, dan 2 j.uta, atau 25 peratus mempunyai kurang daripada RM 1,000, ” menurut KWSP dalam kenyataan hari ini.

Tambahan lagi, KWSP menyifatkan bahawa pengagihan simpanan telah menjadi semakin tidak saksama.

Berikutan keperluan untuk melindungi masa depan ahli dan membina semula dana persaraan mereka, sebarang pengeluaran luar biasa tambahan pada masa hadapan perlu dipertimbangkan dengan teliti.

KWSP berharap langkah-langkah yang dilaksanakan untuk menyokong pemulihan ekonomi dan merangsang pekerjaan akan membantu ke arah memenuhi keperluan rakyat. 

“Kumpulan 40 peratus terbawah ahli KWSP yang lebih kurang 5 j.uta ahli menyaksikan simpanan mereka jatuh sebanyak 38 peratus kepada hanya RM 8 b.ilion, menjadikan baki simpanan median sebanyak RM 1,005.

“Kumpulan 40 peratus pertengahan juga mengalami kejatuhan sebanyak 18 peratus kepada RM 155 b.ilion, atau baki median sebanyak RM 24,995,” katanya.

Kata KWSP, hanya kumpulan 20 peratus teratas yang berumur di bawah 55 tahun menyaksikan kenaikan dalam simpanan, namun ini mencapai median berjumlah RM 152,043, atau bersamaan dengan hanya RM 633 sebulan untuk 20 tahun.

“Ketiga-tiga pengeluaran luar biasa ini telah menyebabkan 73 peratus, atau hampir tiga perempat, ahli berada dalam situasi serius di mana jumlah dana mereka tidak cukup untuk bersara melebihi paras kem.iskinan,” katanya.

Bagaimanapun, KWSP yakin Pelan Pemulihan Negara, program v.aksin, k.es harian C0vid 19 dan kemasukan ke h.ospital yang telah menurun secara konsisten, membolehkan sektor ekonomi dapat dipulihkan semula sementara rakyat Malaysia keluar semula bekerja dan sekali gus memperbaiki taraf hidup mereka.

Selain itu, katanya, Bajet 2022 menyaksikan peruntukan RM 8.2 b.ilion untuk Bantuan Keluarga Malaysia BKM dan RM 4.8 b.ilion untuk Inisiatif Jamin Kerja Keluarga Malaysia JaminKerja, serta pelbagai langkah mencerminkan pendirian kerajaan dalam memperkukuhkan agenda perlindungan sosial untuk rakyat Malaysia.

“Usaha ini juga dapat dilihat melalui kesinambungan insentif i-Saraan dan Kasih Suri Keluarga Malaysia. Usaha-usaha ini sedikit sebanyak dapat membantu ke arah menangani sebarang kepincangan sistem perlindungan sosial negara untuk masyarakat rentan, bagi memastikan mereka diberi akses kepada mencapai taraf hidup minimum biarpun dalam persekitaran yang tidak dijangka.

“Agenda perlindungan sosial yang diterajui oleh Majlis Perlindungan Sosial Malaysia (MySPC), yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, kini sedang mengkaji pembaharuan asas kepada sistem perlindungan sosial negara.

“KWSP menyokong penuh langkah-langkah ini dan akan bekerjasama rapat dengan kerajaan untuk memastikan masa depan yang terjamin dan terpelihara untuk ahli dan rakyat,” katanya.

SUMBER/KREDIT : KWSP

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komentar yang telah diberikan oleh pembaca kami. Kerana ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami.

Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komentar anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*