Lepas Tular lsu Jemaah Dan VVIP, Akhirnya Imam Masjld Putra Tampil M0hon Maaf. Ini KataKata Beliau

Pada hari Jumaat yang lepas, tular satu video di pintu masuk perkarangan Masjid Putra, Putrajaya apabila sekumpulan orang berkumpul di kawasan tersebut kerana tidak dapat masuk ke dalam masjid untuk solat Jumaat berjemaah kerana kuota telah penuh

Tidak lama daripada itu, datang sebuah kereta mewah menurunkan seorang VIP dan dua orang yang dipercayai sebagai pengawal kes.elamatan dapat memasuki ke dalam masjid.

Video yang menjadi tular ini mendapat pelbagai reaksi netizen. Disebabkan salah faham ini, pihak Masjid Putra mengeluarkan kenyataan permohonan maaf atas kekhilafan pada pihak mereka serta memberitahu bahawa pengurusan masjid memperuntukkan sebanyak 300 kuota untuk kehadiran berjemaah untuk solat Jumaat.

Berkenaan i.nsiden yang berlaku, pihak masjid telah menasihatkan para jemaah yang tidak dapat masuk secara baik serta memaklumkan tentang kuota yang telah penuh itu.

Imam Mohon Maaf

Imam Besar Masjid Putra, Ikmal Zaidi Hashim dalam satu hantaran video live di Facebooknya menerangkan, memang terdapat kuota sebanyak 10% iaitu 30 orang untuk VIP.

Menurut penjelasannya,kuota 10% itu diberikan adalah kerana masjid terbabit adalah masjid kerajaan, malah dibina bersebelahan dengan bangunan Jabatan Perdana Menteri.

ā€œTuan-tuan kena faham, Masjid Putra adalah masjid kerajaan, duduk di sebelah Jabatan Perdana Menteri. Jadi kita kena bagi kuota sedikit, tak banyak, 10 peratus sahaja. Untuk siapa? Untuk VIP. Jangan marah saya, itu ketetapan.

ā€œKita nak bagi peluang kepada VIP pengarah dan ke atas. Mereka ini sibuk, kadang-kadang lambat keluar daripada mesyuarat pada hari Jumaat. Jadi kita bagi peluang kepada mereka untuk penuhkan kuota 30 orang, (manakala) 270 kuota untuk jemaah biasa,ā€ katanya.

Imam besar Masjid Putrajaya memohon maaf secara terbuka kepada seluruh umat Islam di atas reaksi beliau yang dilihat agak keterlaluan dalam satu video secara langsung di facebook beliau berhubung isu peruntukan 10% VIP di masjid tersebut.

ā€œDengan rendah hati, saya ingin memohon maaf di atas segala keterlanjuran tersebut dan berazam serta berjanji akan memperbaiki keadaan terutamanya mengenai perlaksanaan SOP khasnya di masjid Putra, Putrajaya.

ā€œUntuk itu saya mengajak semua, khasnya jemaah Masjid Putra untuk kita teruskan aktiviti pengimarahan sama ada solat Jumaat mahupun solat fardhu serta program-program yang kami anjurkan.

Beliau kemudian membaca ayat Quran, Surah Hud ayat ke 88 yang bermaksud. ā€œAku hanya bertujuan hendak memperbaiki sedaya upaya ku dan tiadalah aku akan beroleh taufik untuk menjayakannya selain dari pertolongan Allah. Kepada Allah jualah aku berserah diri dan kepadaNyalah aku kembaliā€.

Kenyataan maaf imam besar masjid Putra itu dinaikkan di laman rasmi facebook Masjid Putra malam tadi.

SUMBER/KREDITĀ : MG/RK/TTKM via online malaya

PERHATIAN:Ā PihakĀ Kualalumpur ViralĀ Ā tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komentar yang telah diberikan oleh pembaca kami. Kerana ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami.

Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komentar anda disini. PihakĀ Kualalumpur ViralĀ juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*