Lepas Meng4muk Campak Dult, lqbal Trasa Hati Dengan Pelak0n Wanlta SebabTlru DSVida

Nama lelaki berusia 27 tahun ini kembali hangat diperkatakan ekoran niatnya mahu memperisterikan jutawan k.osmetik terkenal, Dato’ Seri Dr. Hajah Vida.

Ahmad Iqbal Zulkefli rupanya dalam diam telah mempunyai perniagaan sendiri iaitu produk penjagaan kulit, Iba Skin Care dan minyak wangi di bawah label, Iba Perfumes.

Mesra disapa Iqbal dan pernah menuntut di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) dalam penulisan kreatif, lelaki ini baharu saja membina empayar perniagaan selama empat tahun. Dalam masa yang singkat itu, usahawan ini berjaya membuktikan kejayaannya dengan memiliki jam tangan mewah yang dibeli secara tunai.

Lelaki yang berjaya mengetuk pintu hati Dato’ Seri Dr. Hajah Vida ini telah membeli dua buah jam berjenama Hublot di sebuah pusat beli belah di ibu kota berharga mencecah RM 550,000 secara tunai.

Salah satu jam dibeli dengan harga RM 400,000 dan jam kedua, bernilai RM 150,000. Ketika itu premis kedai jam mewah itu ditutup selama tiga jam untuk memberikan laluan kepada staf butik jam melayannya.

Imbas kembali jejak langkah pertama anak ketiga daripada lapan beradik yang berasal dari Pasir Mas, Kelantan ini dalam dunia perniagaan tidak semudah yang disangka. Bermodalkan dengan hanya RM 500 saja, Iqbal berjaya buktikan semangat dan tekadnya dalam perniagaan.

“Masa teroka perniagaan produk kecantikan kulit, saya buka pra tempahan dengan menjual set berharga RM 100. Masa itu saya tak menyangka dalam 1600 orang nak beli dan RM 160,000 berjaya dikumpul.

Tahun lalu, saya jual minyak wangi dari Perancis pula dengan harga dua botol RM 170. Ia mesra wuduk. Pernah dalam sehari saya mencatat jualan dalam RM 300,000 tanpa menggunakan khidmat agen dan stokis.

Saya lebih fokus kepada peruncitan dan mempromosikan produk di kaca TV. Dalam tempoh setahun itu juga, jualan minyak wangi berjaya dijual sekitar anggaran 70,000 botol dengan keuntungan tak kurang RM 10 juta. Saya nak sasar RM 20 juta atau lebih pula selepas ini,” katanya.

Iqbal Campak Duit

Usahawan Ahmad Iqbal Zulkefli b.engang apabila sering dilabel sengaja menghimpit Datuk Seri Vida dengan i.su perkahwinan demi menumpang kekayaan jutawan berstatus ibu tunggal berkenaan.

Menerusi pertemuan dengan Iqbal, akhirnya terpaksa menunjukkan kekayaan bagi membuktikan yang dia juga berkemampuan.

“Saya bukan jenis yang suka kikis duit orang, bukan macam tu.Takkan nak tunjuk… oh ini duit aku, nak tabur macam tu? Saya yang beri duit kepada DSV, saya buat duit untuk dia… untuk syarikat dia!” katanya.

Terasa Hati Dengan Catriona Ross

SUMBER/KREDIT : Mstar via onlinemalaya

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komentar yang telah diberikan oleh pembaca kami. Kerana ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami.

Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komentar anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*