SuItan Johor Bertitah Mahu Rakyat Lupakan Bazar Ramadhan, Ini Pula Respon Orang Bukan lslam

DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini bertitah agar rakyat melupakan bazar Ramadan buat masa ini ekoran ekoran perkembangan semasa wbak COVlD-I9.

Titah baginda, penganjuran bazar Ramadan adalah tidak sesuai memandangkan risiko berlakunya kontak rapat adalah amat besar di bazar Ramdan, sedangkan kes positif COVlD-I9 masih dilaporkan berlaku.

” Maka saya melihat adalah tidak sesuai jika mahu diadakan bazar Ramadan bukan sahaja di sini, malah ditempat lain juga demi kesihatan serta keselamatan rakyat.

” Lupakan bazar Ramadan, saya bimbang jika berlaku penularan vrus berkenaan secara berleluasa, ini akan turut memberi kesan kepada usaha kerajaan dalam membasmi sepenuhnya wbak ini,” baginda dipetik bertitah seperti di Facebook rasminya.

Sebelum ini, beberapa negeri seperti Kedah dan Selangor telah memutuskan untuk membatalkan penganjuran bazar Ramadan yang sinonim dengan bulan puasa dan menjadi pesta membeli makanan di kalangan rakyat untuk setiap tahun, terutamanya buat penganut Islam.

Kementerian Wilayah Persekutuan pula belum membuat keputusan untuk meneruskan atau menghentikan bazar Ramadan, dan akan mendengar taklimat pihak berkuasa tempatan dahulu sebelum membuat keputusan mengenainya.

Minta rakyat akur

Selain itu, Sultan Ibrahim turut meminta rakyat tidak memandang ringan dan akur akan nasihat pihak berkuasa.

” Anda lihat sendiri, bagaimana petugas-petugas perubatan bersama pasukan barisan hadapan bertugas dari pagi hingga malam dalam usaha mahu membendung penularan wbak ini.

” Bayangkan, jika wbak ini semakin berleluasa ia akan turut memberi kesan kepada pasukan perubatan sehingga merencatkan sistem rawatan,” titah baginda lagi.

Negara kini sedang dalam penguatkuasaan perintah kawalan pergerakan (PKP) sejak 18 Mac hingga 14 April depan bagi membendung penularan wbak COVlD-I9 yang setakat ini menjgkiti 2,908 orang dan meraguut 45 nywa.

Seramai 102 orang kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) manakala 645 orang lagi sudah pulih dan dibenarkan keluar hospital.

Kini, PKP sudah masuk fasa kedua sejak semalam dengan penguatkuasaan lebih ketat.

Disambut baik masyarakat bukan Islam

Sementara itu titah Sultan Johor telah disambut baik oleh semua lapisan masyarakat tidak mengira agama. Ini apabila rata-rata masyarakat bukan muslim turut menyanjung titah tuanku Sultan.

” Daulat Tuanku! Ada nyawa ada harapan, hilang sekali bazar ramadhan tahun ini sebab COVlD-I9 meny3rang rakyat, biar wbak ni terhapus terlebih dahulu, kita meriah lagi pada tahun ke tahun. Cinta tanah airku, cinta Tuanku.” tulis Mark Jay

” Saya suka kunjung bazaar Ramadan. boleh pergi sepanjang bulan. Tetapi pada masa kritikal ini harus tidak digalakan buat masa ini. Jaga kesihatan masing masing maka kita boleh ada banyak bazaar yang akan datang. Daulat Tuanku!” komen Kee Yeong

” Terima kasih DYMM Sultan atas keprihatinan dan arahan ini. Harap pesanan Tuanku ini dapat didengari oleh seluruh rakyat Malaysia. . Sacrifice 1 bazaar to have many more Ramadan bazaar to come” tulis Sebastian

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*